SEMAKAN KEPUTUSAN MUET AKHIR TAHUN | KHAMIS 12 JANUARI

on 10 Januari 2012

Keputusan MUET Akhir Tahun 2011 Khamis ini

Assalamualaikum & salam sejahtera

MUET | Malaysia University English Test 2011

KUALA LUMPUR: Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2011 akan dikeluarkan Khamis ini (12 Januari), demikian menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini.

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh berkenaan manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

"Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan menghantarkannya ke 15888, mulai jam 12.01 tengah malam 12 Januari ini dan melalui 'online' dengan melayari portal MPM, www.mpm.edu.my mulai 9 pagi tarikh tersebut," kata kenyataan itu.



 
Derma [LIKE] Anda!


Seramai 93,869 calon telah menduduki ujian itu di 943 buah pusat ujian di seluruh negara.

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka, boleh membuat rayuan semakan semula dengan bayaran sebanyak RM70 dan tarikh tutup rayuan ialah 27 Januari ini. - Bernama

Wassalam~ 
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved