Assalamualaikum & salam sejahtera
Hai semua.. Lama tak jumpa dengan encik Blog.. huhu.. Rindu la pulakk. Korang apa khabar?? Sihat kan??.. hehe. Sebenarnya hari ini merupakan hari genap seminggu blog ini sunyi tanpa khabar dari tuannya. Kesian.. kesian.. Bukan sengaja tak nak update tapi (alasan.. hehe)... banyak sangat halangan mendatang. Meh sini saya senaraikan alasan-alasan yang munasabah tu:
1). Sibuk menjalani praktikal (Latihan Industri) selama 3 bulan.
2). Tak ada internet (Nak guna broadband tapi slow)
3). Duit tak ada nak g CC tiap2 hari.
4). Hilang semangat nak berblog
5). MALAS!!.. (Tepat sekali)
Jadi, korang fikir macam mana? Boleh diterima?.. hehe
Akibatnya, walaupun baru seminggu tak update blog kesannya sangat 'memberansangkan'. Nak tengok apa kesannya? Jom!!
Sebelum kejadian |
Selepas kejadian |
Huhu. Sedih-sedih. Lepas tengok gambar kat atas tu SEDIH menerpa DIRIKU!!. haha.. (ayat nak bunga-bunga jugakk). Tak apa la tengah usaha sekarang ni nak atasi masalah ni. InsyaAllah kalau ada kemahuan, pasti ada jalan kan?. hehe. Sebenarnya saya ada satu gambar nak tunjuk ni. Nak tengok?
hehe.. Sekadar gambar hiasan |
Gambar kat atas tu merupakan gambar hari pertama saya buat praktikal kat KKIP Power Sdn Bhd. Baru lepas kena marah tu sebab lambat sampai kat office KKIP Power untuk daftar diri. Maklumlah pertama kali jejakkan kaki kat area KKIP. Boleh tersesat lagi beberapa kali. haha. Nasib baiklah supervisor kat sana baik hati (Mr Ir Kenny).
Walaupun baru seminggu praktikal di sini, saya sudah mula membiasakan diri dengan keadaan baru di tempat praktikal yang perlu saya lalui selama 3 bulan. Banyak lagi pengalaman & pembelajaran yang saya akan peroleh selepas ini. InsyaAllah.
Rasanya setakat ini sahaja entri untuk kali ini. Walaupun banyak lagi yang saya rasakan ingin dikongsikan dalam entri kali ini, tetapi kekangan masa & wang menjadi punya halangan. Sebabnya sekarang ini saya cuma dapat online di CC kerana belum mempunyai kemudaaninternet sendiri lagi. huhu. Jumpa lagi di entri seterusnya.
Watermark baru saya.. Ok tak?? |
Wassalam~