Akhirnya berjaya juga!!!..

on 11 September 2009


Alhamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi. Dengan limpah kurnianya dapat juga saya menghasilkan blog saya sendiri. Sebelum ini saya hanya boleh melihat dan mengunjungi blog rakan-rakan lain yang sudah lama bergelar blogger.Maka terdetiklah hati ini untuk memiliki blog sendiri agar dapat mengembangkan bakat dlm bidang penulisan. Dahulunya sewaktu masih di alam persekolahan, saya amat gemar menulis artikel. Walaupun bahasa yang saya gunakan tidaklah menarik, namum saya amat gemar menulis. Saya masih ingat lagi sewaktu di sekolah dulu, saya pernah menyertai pertandinagn menulis cerpen. Walaupun tidak mendapat tempat dalam pertandinagn itu, saya amat gembira kerana dapat menghasilkan sebuah cerpen yang mempunyai 5 muka surat. Cikgu yang membaca cerpen saya itu memberi pujian kepada saya dan memberi dorongan agar saya mencuba lagi di lain kali serta tidak berputus asa. Dengan terciptanya blog ini, saya berharap agar saya dapat meningkatkan lagi kemahiran saya dalam mengarang artikel walaupun saya sekarang sedang belajar bukan dalam bidang penulisan. Sampai di sini saja entry kali ini. Selepas ini saya akan cuba untuk rajinkan diri agar blog saya akan sentiasa update... Sekian~
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved