Semakan Kemasukan Matrikulasi 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Sesi 2012/2013. Layak Atau tidak?
Assalamualaikum & salam sejahtera
![]() |
Semakan keputusan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013 |
Keputusan permohonan untuk mengikuti program Matrikulasi kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia masih belum dikeluarkan oleh pihak kementerian pelajaran Malaysia. Dijangkakan keputusan untuk mengikuti program matrikulasi kendalian Kementerian pelajaran Malaysia akan dikeluarkan pada penghujung bulan April 2012. Permohonan ini yang dibuka kepada pelajar lepasan SPM 2011 sudah dibuka sejak pertengahan tahun 2011 lagi. Antara program yang ditawarkan ialah Sains Fizikal, Sains hayat dan Perakaunan. Namun begitu, pihak kementerian telah mewujudkan satu kursus baru iaitu Program Matrikulasi aliran teknikal yang menawarkan mata pelajaran matematik, kimia kejuruteraan, fizik kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Elektrik & Elektronik. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, KLIK SINI.
*Semakan boleh dibuat bermula 25 April 2012
Selamat membuat Semakan Kemasukan Matrikulasi 2012 untuk pelajar lepasan SPM 2011.
{ 1 Comments... read them below or add one }
http://dimensiandroids.blogspot.com/2013/05/semakan-keputusan-permohonan-tawaran_5.html
16 Mei 2013 pukul 10.00
Posting Komentar