Tampilkan postingan dengan label kementerian pelajaran malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kementerian pelajaran malaysia. Tampilkan semua postingan

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2012

on 23 Januari 2012

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT (4) SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2012 | KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum & salam sejahtera
SEMAKAN KEMASUKAN KE SBP TINGKATAN 4 2012
 
Kini semakan keputusan untuk status kemasukan ke tingkatan 4 (empat) di sekolah berasrama penuh (SBP) untuk tahun 2012 sudah dibuka. Pelajar-pelajar yang ada memohon untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh Boleh menyemak status tawaran anda melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia seperti tertera di bawah:



Manakala untuk mereka yang tidak berjaya memasuki sekolah berasrama penuh, jangan risau anda masih boleh membuat rayuan. Sila klik link di bawah untuk membuat rayuan:



Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


KALENDAR MUET DAN PEPERIKSAAN STPM 2012

on 10 Januari 2012

Kalendar Peperiksaan STPM dan Malaysian University English Test (MUET) 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Malaysian University English Test 2012
Mulai tahun 2012, MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali, iaitu pada sesi Mac, sesi Julai, dan sesi November. Tarikh buka dan tutup pendaftaran serta tarikh ujian boleh didapati pada Kalendar Peperiksaan STPM dan MUET Tahun 2012 seperti di bawah.

Kalendar Peperiksaan MUET 2012


*Klik untuk besarkan gambar

Klik sini untuk pendaftaran secara online:



Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!

Keputusan Temuduga Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2012

on 31 Desember 2011

Keputusan Penempatan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) pada tahun 2012 oleh kementerian pelajaran Malaysia

Assalamualaikum & salam sejahtera

Keputusan Temuduga Program Graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2012

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan nasib kira-kira 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) termasuk 5,000 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang belum ditempatkan akan ditemuduga bulan ini, sebelum mereka yang layak ditempatkan di sekolah terpilih bermula Mac depan.

Bagaimanapun, penempatan lepasan ISMP yang belum menjalani proses temu duga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) tertakluk kepada kekosongan, opsyen dipilih dan cukup syarat kelayakan

Difahamkan, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas peringkat Kementerian Pelajaran minggu lalu selepas kerajaan menyelesaikan isu membabitkan lebih 13,000 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dengan 60 peratus darinya bakal diserapkan ke jawatan guru tetap selepas ditawarkan mengikuti kursus perguruan, juga mulai bulan ini. 
 
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi ketika mengesahkan penempatan graduan ISMP, meminta lepasan guru itu bersabar kerana proses berkaitan sedang berjalan.

“Kita minta yang belum dapat penempatan kerja supaya bersabar kerana SPP sudah mendapat senarai semua IPTA untuk dipanggil temu duga. Apapun pelantikan itu akan dibuat berasaskan kepada kekosongan (di sekolah seluruh negara), opsyen dan cukup syarat kelayakan,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau diminta mengulas kedudukan 7,000 lepasan ISMP yang belum ditawarkan tempat menyebabkan ada di kalangan mereka menganggur kerana sukar mendapatkan pekerjaan sesuai.

Sebelum ini, Kementerian Pelajaran memberi jaminan untuk menyerap 7,079 GSTT ke jawatan tetap di seluruh negara selepas menawarkan pihak terbabit peluang mengikuti kursus dalam bidang perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan IPTA terpilih, dengan sebilangan daripada mereka ditawarkan menjadi guru kontrak yang dibayar gaji mengikut hari, bermula tahun ini.
Jumaat lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata kira-kira 3,000 graduan termasuk lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dan lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang sudah ditemuduga bermula November lalu, dijangka ditempatkan di sekolah terpilih bermula bulan ini.

Sementara itu, Penyelaras Gabungan Graduan ISMP Malaysia, Abdul Rahman Usman menyambut baik jaminan kerajaan dan berharap masalah itu diselesaikan dengan segera kerana ada di kalangan lepasan ISMP yang menganggur sejak empat tahun lalu.

Katanya, kebanyakan majikan tidak berani mengambil graduan ISMP sebagai pekerja kerana khuatir mereka akan meninggalkan syarikat selepas menerima tawaran mengajar.

Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2012/2013

Semakan Kemasukan Matrikulasi 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Sesi 2012/2013. Layak Atau tidak?

Assalamualaikum & salam sejahtera

Semakan keputusan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013

Keputusan permohonan untuk mengikuti program Matrikulasi kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia masih belum dikeluarkan oleh pihak kementerian pelajaran Malaysia. Dijangkakan keputusan untuk mengikuti program matrikulasi kendalian Kementerian pelajaran Malaysia akan dikeluarkan pada penghujung bulan April 2012. Permohonan ini yang dibuka kepada pelajar lepasan SPM 2011 sudah dibuka sejak pertengahan tahun 2011 lagi. Antara program yang ditawarkan ialah Sains Fizikal, Sains hayat dan Perakaunan. Namun begitu, pihak kementerian telah mewujudkan satu kursus baru iaitu Program Matrikulasi aliran teknikal yang menawarkan mata pelajaran matematik, kimia kejuruteraan, fizik kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Elektrik & Elektronik. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, KLIK SINI.



*Semakan boleh dibuat bermula 25 April 2012

Selamat membuat Semakan Kemasukan Matrikulasi 2012 untuk pelajar lepasan SPM 2011.
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved