Assalamualaikum... Alhamdulillah.... syukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan masa kepada hambanya ini berkongsi serba sedikit apa sahaja yang difikirkan berguna untuk dikongsi kepada sesiapa sahaja yang berkesempatan untuk membaca post saya ini..... sebenarnya tidak terdetik pun untuk saya menulis post kali ni... namun setelah membaca blog sahabat saya yang saya rasakan menarik, teringat pula pada blog sendiri yang dah lama tidak dijenguk apatah lagi dikemaskini......
Pada post kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit perasaan saya menjelang cuti semester yang tidak lama lagi akan tiba... Namun sebelum bermulanya cuti satu perkara yang amat merunsingkan saya dan juga pastinya sesetengah pelajar adalah PEPERIKSAAN. Mengapa perkataan ini boleh membuat jiwa seseorang kacau(risau)????.. Adakah perkataan PEPERIKSAAN@EXAM itu memang menakutkan???... Bagi pendapat saya, perasaan ini timbul kerana pelajar belum cukup persediaan iaitu ulang kaji serta latihan... Sebagai pelajar yang berwawasan serta bercita-cita tinggi, mereka haruslah bersedia dari awal agar perasaan takut pada peperiksaan tidak akan timbul...
Namum, setelah ujian ini berlalu pasti akan ada keseronokan serta kegembiraan dalam diri seorang pelajar kerana saat yang ditunggu-tunggu telah menjelma iaitu 'CUTI'... Mengapakah pula perkataan ini amat disukai oleh sebahagian besar pelajar.... Bagi saya jawapannya amat mudah, BEBAS... Bebas yang saya maksudkan adalah terlepas dari tekanan untuk belajar... pelbagai aktiviti yang menyeronokkan boleh mereka lakukan tanpa gangguan... segala perkara yang mereka tidak atau jarang lakukan semasa bersekolah atau semasa belajar boleh mereka lakukan... Contohnya bermain game komputer, menonton rancangan televisyen kegemaran, menonton wayang, berjumpa kawan-kawan lama, dan sebagainya.... Namun begitu kita tidak sepatutnya melupakan tanggungjawab kita terhadap kedua ibu bapa kita iaitu membantu mereka semasa di rumah. Mereka sangat mengharap agar masa cuti yang ada ini segala pekerjaan di rumah mahupun di kebun ataupun sebagainya dapat diringankan dengan pertolongan anda. Ingatlah merekalah yang telah bersusah payah menyediakan segala keperluan anda sejak dari kecil lagi.
Rasanya sampai di sini saja kesempatan yang ada untuk saya menulis post kali ini.. kalau ada masa, insyaallah saya akan poskan.... sekian, selamat berjaya dalam peperiksaan anda...^_^
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar