Setelah sekian lama skuad Malaysia tidak menjuarai apa-apa kejohanan besar yang berprestij dalam sukan badminton, akhirnya salah seorang pemain negara yang juga merupakan pemain nombor satu dunia iaitu Datuk Lee Chong wei telah pun mengharumkan nama negara dengan menjuarai Kejohanan Badminton Seluruh England awal pagi tadi. Sekali gus menyaksikan pemain nombor satu dunia itu mencipta bangga mengecapi gelaran pertama dalam kejohanan berprestij itu.
Datuk Lee Chong Wei |
Kejayaan tersebut merupakan pencapaian terbaik beliau dalam kejohanan berprestij itu. Kali terakhir Malaysia memenangi kejohanan ini ialah pada tahun 2003 yang dicatatkan oleh rakan beliau iaitu Hafiz Hashim yang terkandas di pusingan . Lebih istimewa, kejayaan Lee Chong Wei muncul pada edisi yang ke-100 Seluruh England. Diharapkan kejayaan manis ini akan dapat menbakar semangat para pemain Malaysia agar dapat mencontohi kejayaan Datuk Lee Chong Wei di kejohanan seterusnya.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar