Hadiah atau Rasuah?...

on 10 Agustus 2010

Dalam Quran telah dinyatakan bahawa unsur rasuah telah wujud sejak dahulu lagi walau dalam pelbagai perbezaan nama. Dalam juzuk 19, surah semut, ayat 28-36, terjadinya konflik peristiwa apabila Nabi Sulaiman menerusi utusan burung hud-hud telah meminta Ratu Balqis untuk mwnyembah Allah kerana Ratu Balqis dan kaumnya menyembah matahari. Namun Balqis engan menerima nasihat tersebut sebaliknya mengirim utusan bersama hadiah dengan harapan Nabi Sulaiman tidak mengacaunya lagi. Tatkala utusan tersebut sampai kepada Nabi Sulaiman seraya berkata "Apakah patut kamu menolong aku dengan harta? Sesungguhnya apa yang diberikan oleh Allah padaku lebih baik daripada apa yang diberikan kepadamu tetapi tetapi kamu rasa bangga dengan hadiahmu". Jelas sekali ini menunjukkan rasuah sudah ada walaupun berselindung di sebalik nama hadiah. Mereka yang memberikan rasuah dan menerima rasuah adalah manusia yang hina kerana menjadikan simbol hadiah untuk menutup kesalahan mereka. 



Hanya satu garis yang membezakan antara rasuah dengan hadiah. Ciri-ciri rasuah boleh dilihat dari dua aspek iaitu ketika seseorang itu berada dalam keadaan yang boleh mempengaruhi keputusan dan juga kerana jawatan yang dimiliki seseorang individu yang membuatkan mereka menerima pelbagai 'hadiah' ini. Diriwayatkan pada zaman Rasulullah SAW sendiri bahawa seorang bertanya kepada Baginda bolehkah dia menerima 'hadiah' yang mahu diberikan oleh seseorang maka berkata Baginda bahawa "Jika kamu tidak duduk di jawatan tersebut, adakah orang itu akan memberi kamu hadiah?". Disini jelaslah bahawa jika anda sedang mempertimbangkan keputusan, maka ada sumber yang memberikan anda hadiah dengan harapan anda akan memihak kepadanya, itu sebenarnya adalah rasuah yang dinyatakan walaupun ia dikatakan hadiah. Begitu juga dengan jawatan anda, jangan terlalu taksub sehingga mengatakan anda berhak mendapatnya sedangkan orang itu tidak menpunyai sebarang pertalian darah memberikan hadiah? Sudah semestinya dia mempunyai agenda tersirat bukan?


Amalan rasuah ini tidak mengenal latar belakang seseorang serta jantinanya. Ini kerana definisi rasuah itu sendiri agak luas maksudnya, tidak dari segi material sahaja mungkin rasuah dari segi pertolongan lain dan pelbagai lagi. Sekiranya seseorang itu mempunyai perasaan takut kepada Allah pastinya amalah rasuah ini tidak akan berlaku. Jadi dalam apa sahaja perlakuan kita, kita akan mengatakan dalam hati bahawa Allah sentiasa memerhati kita, jadi walau manusia tak nampak perbuatan kita, Allah tetap nampak. Perkara ini akan membuatkan kita untuk berhati-hati agar kita tidak akan terjebak dengan gejala rasuah.

[Sumber: Hasil pembacaan umum]
Majalah NUR Edisi Jun 2010, 'Rasuah berlaku karana tidak takutkan Allah'.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved