Puasa dan perubahan...

on 08 Agustus 2010

Ramai di kalangan manusia akur mereka banyak melakukan kesalahan. mereka menyedari kesan negatif menimpa diri, harta dan keluarganya. Ramai juga yang menginsafi kecuaian mereka dalam melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan. Kadang-kadang mereka mengadu dan meluahkan harapan untuk mengubah keadaan ini. Namun mereka tidak pula mengubah sikap atau meninggalkan kebiasaan yang negatif itu.

 Sekiranya ditanya, kenapa masih tidak berubah, mereka menjawab: Realiti lebih sukar daripada apa yang dikhayalkan. Jika ditanya lagi, kenapa tidak mencuba, mereka menjawab: Kami sudah cuba tetapi gagal. Jika disoal kembali, kenapa tidak terus mencuba, mereka menjawab: Kami hanya mampu bersungguh-sungguh seketika kemudian kembali ke takuk lama.



Kelemahan sebenar

Inilah realiti yang kerap berlaku. kekurangan mereka terletak pada sikap tak terdaya mereka. Masalahnya ialah kelemahan tekad mereka. Mereka dikuasai rutin kebiasaan dan pelbagai rintangan. Kunci untuk mereka berjaya ialah kemahuan yang padu, tekad yang berterusan dan suasana yang membantu. Namun, meninggalkan rutin terlalu sukar bagi ramai manusia. Ia mempunyai kuasa ke atas hati dan jiwa. Bersebahi sehingga menjadi tabiat perangainya.


Puasa membuka jalan

"Puasa adalah medan memperkukuhkan tekad dan azam yang padu, juga medan manusia brhubung dengan Tuhannya yang berteraskan kepatuhan dan ketundukan. Ia juga medan jati diri dalam menghadapi tuntutan jasadi, mengawal desakannya serta mengutamakan keredhaan dan janji Allah". [Fi Zilal al-Quran]



"Puasa ialah rawatan mujarab kepada kebiasaan. Ia adalah latihan untuk meloloskan diri daripada cengkamannya atau meringankan bebanannya. Ia juga mengingatkan manusia rutin-rutin ini bukannya urusan yang tidak mampu dielakkan, bahkan diri sendiri dan suasana hidup yang memperkasakannya. Dia mampu meninggalkannya (jika bertekad sepenuh hati) tanpa mengalami apa-apa kesakitan atau mudharat" [Taujihat al-Islam]

Bagimana puasa membantu

1). Menguatkan kemahuan iradat
Sekadar mana kemahuan iradat meningkat sekadar itulah kekuasaan adat kebiasaan meluntur". [Islamuna]

2). Tempoh perubahan yang lama
Berpaksikan kepatuhan kepada hukum syara' dan keinginan untuk taat, orang yang berpuasa akan meninggalkan rutin kebiasaannya selama 20-30 hari. Ini adalah tempoh yang mencukupi untuk berubah jika disertakan dengan niat yang jujur.

3). Perubahan yang menyeluruh
Selama berpuasa, seseorang mengubah waktu tidur, jaga, makan minum, cara menggunakan waktu, susunan prioriti kerja bahkan perasaan dan tingkah lakunya. Oleh itu, keupayaan untuk berubah akan lebih besar dan kuat.

4). Penglibatan ramai
Puasa Ramadhan membentuk satu perubahan yang meliputi semua individu masyarakat muslim. Setiap muslim terlibat dalam perubahan zahir dan batin ini. Ini membantu perubahan. Sesiapa yang inginkan perubahan sikap tidak akan keseorangan bahkan seluruh masyarakat mendokongnya.



Penutup
"Intipati puasa ialah mengawal diri daripada swahwat dan meninggalkan rutin" [Zad al-Ma-'ad]

"Apabila tiada kejayaan dalam mengubah (diri) padahal terdapat peluang yang banyak, pahala yang melimpah ruah dan tempoh yang panjang, saya jangkakan anda tidak akan berubah, bahkan anda semmemangnya tidak mahu berubah. Jika anda tidak mengubah kebiasaan yang buruk di dalam Ramadhan, anda adalah orang yang tersekat dari rahmat Allah dah menyalahi hikmatNya. Allah menjadikan puasa untuk para hamba, supaya mereka mengubah perangai-perangai mereka. Tetapi mereka hanya mengubah waktu makan mereka sahaja" [Ibadat fil Islam]

Sumber : Artikel yang dikongsi dari pembacaan
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved