Lucifer adalah nama yang seringkali diberikan kepada syaitan (Iblis) dalam kepercayaan Kristian berdasarkan penafsiran dari sebuah ayat dalam Kitab Yesaya, Bible. Penggunaannya berasal daripada pelbagai tafsiran, sebagai rujukan kepada iblis yang jatuh (dari syurga) kepada nama syaitan sebelum ia diusir dari syurga.
Dalam bahasa Latin, kata "Lucifer" yang bererti "Pembawa Cahaya" (dari lux, lucis, "cahaya", dan "ferre", "membawa"), ialah nama untuk "Bintang Fajar" (planet Zuhrah) ketika muncul pada dini hari). Versi Vulgata Kitab Bible dalam bahasa Latin menggunakan kata ini dua kali untuk merujuk kepada Bintang Fajar: sekali dalam 2 Petrus 1:19 untuk menterjemahkan kata bahasa Yunani "Φωσφa2;ρος" (Fosforos), yang mempunyai erti harfiah yang persis sama dengan "Pembawa Cahaya" yang dimiliki "Lucifer" dalam bahasa Latin; dan sekali dalam Yesaya 14:12 untuk menerjemahkan "הילל" (Hêlēl), yang juga bererti "Bintang Fajar". Dalam ayat yang kemudian nama "Bintang Fajar" diberikan kepada Raja Babylon yang zalim, yang dikatakan oleh nabi akan jatuh. Ayat ini kemudiannya diberikan kepada raja iblis, dan dengan demikian nama "Lucifer" kemudian digunakan untuk syaitan, dan dipopularkan dalam karya-karya seperti "Inferno" oleh Dante dan "Paradise Lost" oleh Milton, tetapi bagi para pengguna bahasa Inggeris, pengaruhnya yang terbesar disebabkan kerana nama ini digunakan dalam Kitab Bible Versi Raja James, sementara versi-versi bahasa Inggeris lainnya menterjemahkannya dengan "Bintang Fajar" atau "Bintang Siang".
Sepotong nas serupa dalam Kitab Yehezkiel 28:11-19 mengenai Raja Tirus juga diberikan kepada syaitan, sehingga menambahkan gambaran lain kepada gambaran syaitan dan kejatuhannya yang tradisional. sesetengah orang mengatakannya azazel @iblis..
Golongan syaitan ini yang diketuai oleh (Azazel)selepas ingkar dengan perintah Allah disebut(iblis laknatullah)@(devil of lucifer). Walau bagaimanapun, menurut Islam, Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T. dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin sebelum dipilih menjadi Malaikat. Ini membezakannya dari malaikat-malaikat lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari golongan malaikat dan dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal - terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: "Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?" Syaitan menjawab: "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur." Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak..
Sumber: wikipedia
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar