Robot: Kesan Positif atau Negatif?

on 26 April 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Pernahkah korang terfikir apa sebenarnya kebaikan dan juga keburukan penggunaan robot dalam kehidupan seharian kita? Apakah dengan robot ni kehidupan kita akan menjadi sempuna ataupun ianya hanyalah objek yang manusia ciptakan untuk membantu mereka-mereka yang malas? Sekiranya robot tidak wujud dalam dunia ini, adakah ia akan menjejaskan perjalanan hidup kita? Cuba anda fikirkan..

Bila kita memperkatakan tentang robot, adakah hanya kesan positif sahaja yang anda akan fikirkan? Benarkah robot ini sangat membantu? Mungkin sangkaan anda sebenarnya salah. Robot juga mempunyai keburukannya.

Sebenarnya apa yang korang faham bila dengar perkataan robot ni. Adakah korang akan bayangkan robot tu macam kat bawah ni.


Ataupun ini...
Sebenarnya dalam sektor pembuatan, robot yang biasa digunakan ialah robot yang mengaplikasikan penggunaan tangan manusia. Cuba tengok video kat bawah ni.

Inilah dia robot KUKA

Untuk mendefinisikan perkataan robot ini, saya ingin memetik kata-kata seorang profesor yang merupakan pengarah di University of British Columbia Laboratory. Beliau mentakrifkan robot sebagai suatu mesin yang dapat merasakan dan bertindak serta bertindak balas di dunia dan mungkin melibatkan beberapa tujuan untuk melakukan tindakan tersebut, dan ia melakukannya secara sendiri. Merujuk kepada definisi tadi, kita boleh katakan termostat adalah juga sebuah robot.

Dari pemahaman saya pula, robot adalah suatu alat yang manusia cipta untuk mengikut arahan yang diberikan oleh manusia itu sendiri tanpa boleh membuat keputusan sendiri. Ia diciptakan untuk membantu manusia dalam kerja-kerja seharian manusia. 

Berbalik kepada tujuan entri kali ini, saya ingin memberi sedikit info mengenai keburukan penggunaan robot dalam kehidupan seharian kita. Pertamanya, penggunaan robot dalam sektor pembuatan akan menjejaskan peluang pekerjaan. Robot-robot yang digunakan telah merampas tugas-tugas yang pada mulanya dilakukan oleh manusia. Ini akan menyebabkan tahap pengangguran akan meningkat. Walaupun masih ada pekerja diperlukan untuk mengendalikan robot-robot tersebut, tetapi mereka tidak ada kemahiran untuk mengendalikan robot tersebut. Akibatnya, mereka perlulah diberikan kursus terlebih dahulu sebelum diambil bekerja. Syarikat terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk melatih pekerja-pekerja mereka. Tambahan pula, kos untuk membeli dan menyelenggarakan robot-robot untuk digunakan dalam kilang adalah sangat mahal. Bagi syarikat yang tidak mampu untuk membelinya, mereka akan ketinggalan dari segi produktiviti produk menyebabkan peluang untuk mereka bersaing dengan syarikat yang lebih besar akan terjejas teruk.

Namun dari segi positifnya, penggunaan robot akan dapat meningkatkan tahap produktiviti produk dalam dalam sektor pembuatan. Ia juga dapat mengurangkan risiko merbahaya di tempat kerja. Manusia boleh menggunakan robot untuk menggantikan tempat mereka untuk bekerja di tempat-tempat yang berisiko tinggi seperti di kilang yang banyak menggunakan bahan kimia berbahaya.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa robot mempunyai kesan positif dan negatif dalam kehidupan seharian manusia. Terpulanglah kepada pemikiran korang untuk menentukan samada robot lebih memberi kebaikan atau pun keburukan. 

p/s: Sebenarnya, hari ni stress sebab kena study pasal robot ni. Esok kena jawab soalan exam pasal subjek robotik pula. Doakan saya dapat jawab ya.. huhu


Wassalam~
  
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved