Assalamualaikum & salam sejahtera
Sebelum nak mulakan entri kali ini, rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca yang beragama Islam. Saya juga nak minta maaf kepada para pembaca blog ini sekiranya saya pernah melakukan kesilapan samada melalui artikel-artikel yang saya hasilkan dalam blog ini atau sebagainya. Jangan lupa ya teruskan amalan baik yang kita jalankan semasa bulan ramadhan dulu. ^^
Berbalik pada tajuk entri kali ini, saya nak tanya korang pasal nama-nama biskut raya yang pelik pernah korang dengar. Baru-baru ini saya ada makan biskut raya kawan saya punya namanya biskut tahi itik. Nama memang tak sedap didengar tapi bila makan memang sedap. hehe. Boleh buat peribahasa baru ni, "nama tak sesedap rasa". Tapi cerita pasal biskut coklat lipas ni lain sikit. Yang ni memang berperisa lipas. huhu. Ada yang nak makan tak? Pastu ada telur lipas sekali sebagai perhiasan (macam bijiran coklat). hehe. Sebenarnya saya baru terbaca dalam surat khabar tadi pasal cerita ni. Kalau korang belum baca lagi artikel tu boleh klik kat SINI.
Biskut Coklat Lipas (Sumber gambar: MyMetro) |
So, ada yang nak tempah biskut raya ni. Belum terlambat lagi kot.. Sedap tau! hehe
Wassalam~
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar