Assalamulaikum & salam sejahtera
Sekarang ini sudah banyak filem-filem dari negara kita yang mendapat sambutan yang amat memeranjatkan antaranya seperti KL Gangster, Kongsi dan yang terbaru Hantu Bonceng yang telah mencatat rekod kutipan RM 5juta dalam masa 5 hari tayangan. Tetapi kebanyakan filem-filem tersebut kurang menerapkan elemen-elemen 1Malaysia yang sangat diharapkan oleh pihak kerajaan. Baru-baru ini filem Nasi Lemak 2.0 telah dikeluarkan. Pelbagai reaksi dilontarkan mengenai filem ini yang mana telah diarahkan oleh Namewee. Beliau yang amat sinonim dengan lagu Negarakuku (telah diubahsuai dari lagu Negaraku) memegang watak utama (Young Chef Huang) dalam filem ini. Yang menariknya dalam filem ini, pelbagai bangsa telah terlibat dalam menghasilkan filem ini antaranya Namewee, Afdlin Shauki, Adibah Noor, Reshmonu, David Arumugam Karen Kong dan banyak lagi. Kepada yang ingin menonton filem ini, pastinya anda tidak akan merasa rugi kerana filem ini ada kelainan dan kelebihan tersendiri.
Trailer filem Nasi Lemak 2.0
![]() |
Pengarah Filem, Namewee |
Wassalam~
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar