Assalamualaikum & salam sejahtera
Catur atau lebih senang dipanggil dengan nama chess merupakan permainan yang biasanya dimainkan oleh 2 orang sahaja. Tetapi terdapat juga catur yang boleh dimainkan oleh 3 orang pemain iaitu catur 3 penjuru. Catur jenis ini jarang dimainkan kerana papan catur yang digunakan untuk bermain catur jenis ini sangat berbeza dengan catur biasa. Tambahan pula papan catur 3 penjuru jarang atau mungkin tiada dijual di pasaran. Namun begitu saya ingin kongsikan serba-sedikit mengenai catur ini.
KLIK SINI
Bentuk papan catur yang biasanya digunakan untuk permainan catur 3 penjuru ialah berbentuk heksagon atau papan 3 penjuru yang digabungkan di tengah-tengah seperti gambar di bawah. Cara menyusun buah catur adalah sama seperti catur biasa. Jenis pergerakan untuk setiap buah juga sama.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut laji mengenai cara bermain catur 3 penjuru, KLIK SINI.
KLIK SINI
Wassalam~
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar