Tahukah Anda? 5 Rekod BUMI !!

on 16 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

Tahukah anda 5 rekod terbaik yang ada di bumi dari segi bentuk fizikal bumi? Nak tau lebih lanjut tengok bawah ni. Layan~


1). Gunung tertinggi di dunia

Gunung Everest merupakan gunung yang paling tinggi di dunia dengan ketinggian 8,848 m. Ketinggian gunung ini akan bertambah 4 mm setiap tahun disebabkan oleh dua plat tektonik yang berat di antara satu sama lain.



2). Air terjun tertinggi di dunia
Air terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 m. Nama air terjun ini diambil sempena nama seorang juruterbang Amerika iaitu Angel James yang telah sampai di puncak.

 

3). Kawasan paling panas di dunia
Kawasan yang terpanas di dunia ialah di perkampungan Al-Aziza, Libya. Suhu tertinggi yang dicatatkan ialah 58 darjah celsius.


4). Kawasan paling sejuk di dunia

Tempat tersebut sudah semestinya antartika dengan suhu tersejuk pernah direkodkan ialah -89 darjah celsius.



5). Lautan paling luas

Lautan Pasifik merupakan lautan paling luas di dunia dengan keluasan meliputi 32% dari permukaan bumi.




Wassalam~

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved