SEGMEN: TINGKATKAN FOLLOWER ANDA DENGAN SEKELIP MATA

on 12 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Salam blogger untuk semua pembaca setia blog ini. Kali ini saya nak buat entri berkaitan segmen seorang blogger wanita, namanya Nisa Aziz. Kalau korang nak tengok blog Nisa Aziz boleh klik SINI. Kalau ada masa join la segmen ni sekali, mesti tak rugi punya. Bak kata tuan punya segmen, dapat tambahkan follower dalam sekelip mata. Tak percaya? Join la baru tau. Ok la, untuk memenuhi syarat-syarat dalam segmen ni, saya perlulah menyatakan 1 benda yang saya suka dan 1 benda yang saya tak suka pasal blog Nisa.

Benda yang saya suka:
Dalam blog Nisa, saya suka pada kekemasan susun atur widget dan warna templete blog yang dipilih. Sebabnya warna yang dipilih adalah warna terang dan tidak menyakitkan mata. Bagi saya warna templete pada blog adalah sangat penting dan akan mempengaruhi mood pembaca. Sekiranya pembaca suka dengan blog Nisa tidak mustahil ramai blogger akan menjadi pembaca setia. 


Benda yang saya kurang suka:
Ini cuma pendapat saya, mungkin blogger lain berbeza pendapat dengan saya. Saya pun baru juga dalam dunia blogger ni. =)

Bagi saya, blog Nisa ni agak berat kerana mempunyai loading time page 21.5 seconds. Kalau nak tahu lebih lanjut lihat gambar di bawah:

Klik untuk membesarkan gambar
Perkara ini berlaku mungkin disebabkan cik Nisa meletakkan terlalu banyak gambar dan animasi bergerak dalam blog yang akan melambatkan loading page blog. Cara untuk mengatasinya mudah sahaja, cik Nisa perlulah kurangkan gambar dalam blog terutamanya gambar yang beranimasi. Lagi satu cik Nisa juga boleh kurangkan widget yang kurang penting dalam blog seperti muzik dan sebagainya. Loading page sangat penting supaya blog mudah terindex dalam google search engine (mesra SEO).

Software yang saya gunakan untuk memeriksa kelajuan blog Nisa ialah Seo Doctor 1.5.5. Software ni boleh digunakan untuk memeriksa kesihatan sesuatu blog dan dapat memastikan blog lebih mesra SEO. Kalau berminat dengan software ni boleh search dalam google. Sebenarnya Software ni hanyalah perlu dipasang pada browser  mozilla Firefox. 


P/s: Setakat itu sahaja yang dapat saya kongsikan mengenai blog saudari Nisa. Maklumlah saya pun masih bergelar 'budak baru belajar' dalam dunia blog ni. Salah silap harap dimaafkan ya... tq


Wassalam~


Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved