Tuduhan Hamil Luar Nikah Beri Aib Pada Norish Karman
Assalamualaikum & salam sejahtera
NORISH KARMAN BERTUDUNG |
KUALA LUMPUR: Pelakon Norish Karman, 35, (Norish) menyifatkan
laporan media yang mendakwa dia telah menyembunyikan diri kerana hamil
luar nikah sebagai sesuatu yang tidak beretika dan tidak adil buatnya
dan keluarga.
Norish atau nama sebenarnya Nor’Asikin Karman, berkata sekalipun
dakwaan liar itu tidak asing baginya yang berpengalaman hampir 20 tahun
dalam dunia lakonan, ia tetap mengganggu dan mengaibkan khususnya kepada
anak-anaknya yang sedang membesar.
“Secara peribadi, saya anggap dakwaan palsu dan liar itu sebagai
sesuatu yang melampau, tidak beretika dan tidak adil buat saya dan
anak-anak.
“Tidakkah pihak yang menggembar-gemburkan gosip itu terfikir, saya
mempunyai anak-anak yang juga akan terkena tempias tuduhan itu?” luahnya
kepada mStar Online.
Tambah pelakon filem Sayang Salmah ini, walaupun provokasi dan
dakwaan liar itu amat menyedihkan, dia bersyukur kerana anak-anaknya
begitu memahami, terbuka dan memberikan sokongan yang utuh.
“Saya berasa sedih apabila perlu menjelaskan kepada anak-anak bahawa cerita itu adalah dakwaan palsu.
“Mujurlah anak-anak saya sangat memahami, terbuka dan enggan melayan
provokasi melampau itu. Malah, saya bertuah kerana mereka setia
menyokong di sisi pada waktu begini,” katanya.
Katanya, apa yang lebih membuatkan dirinya berasa terkilan apabila
tindakan berdiam diri daripada dunia hiburan sebagai persiapan untuk
muncul dengan album sulung itu telah dimanipulasikan dengan dakwaan
yang mengatakan dirinya hamil luar nikah.
“Saya berdiam diri kerana sibuk membuat persiapan dan mencari material yang berkualiti untuk album sulung saya pada tahun depan.
“Jadi, tidak perlulah saya hendak kecoh-kecoh memberitahu semua orang setiap perkembangan saya pula.
“Apabila orang menuduh saya macam-macam, saya berasa sedih tetapi saya tiada masa untuk melayan fitnah sebegini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Norish berkata dia sudah tidak sabar untuk
melancarkan album sulungnya yang memuatkan tujuh hingga lapan trek lagu.
Album tersebut bakal diterbitkan oleh barisan komposer popular termasuk Damien V.E, Johari Teh dan Manan Ngah.
Hasil perkahwinan aktres Singapura itu dengan bekas Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan iaitu Datuk
Hashimuddin Abdul Kadir, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu
Muhammad Haqiem Armany, 12, Muhammad Hardy Amieran, lapan, dan Putri
Hany Amanda, tujuh.
Wassalam~
Sumber: mStar
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar