Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Il Meninggal Dunia
Assalamualaikum & salam sejahtera
Kim Jong-Il |
SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il, meninggal dunia pada usia 69
tahun akibat serangan jantung, menurut media rasmi negara itu.
Menurut Korean Central News Agency (KCNA), pemimpin itu “meninggal dunia akibat tekanan hebat mental dan fizikal" pada 8.30 pagi Sabtu (7.30 pagi waktu Malaysia) ketika berada dalam kereta api untuk jelajah "turun padang".

Ia menggesa rakyat Korea Utara supaya mengikut anak lelaki bongsu
Jong-Il dan penggantinya, Kim Jong-Un, yang berusia lewat 20an.
“Semua ahli parti, tentera dan orang awam patut mentaati kepemimpinan
komrad Kim Jong-Un dan melindungi dan mengukuhkan lagi parti, tentera
dan orang awam," kata penyampai TV agensi berita itu yang berpakaian
serba hitam sambil menangis.
Menurut KCNA, bedah siasat dilakukan semalam.
Pemimpin terbabit mengalami serangan angin ahmar pada Ogos 2008.
Pengebumian beliau akan diadakan pada 28 Disember ini tetapi tiada delegasi asing dijemput hadir.
Tempoh berkabung diisytihar dari 17 hingga 29 Disember.
Sementara itu, agensi berita Yonhap melaporkan tentera Korea Selatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. - Reuters

Wassalam~
Sumber: Bharian
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar