Bangunan 30 Tingkat Siap 15 Hari | VIDEO

on 09 Januari 2012

Syarikat Kontraktor China Bina Hotel 30 Tingkat Hanya Dalam 15 Hari, Kurang Dari Sebulan

Assalamualaikum & salam sejahtera


China yang kita kenali sebagai negara yang pakar dalam bidang meniru hasil ciptaan orang lain kini telah beralih alah kepada sektor pembinaan bangunan. Negara China mempunyai kontraktor yang mampu membina sesebuah bangunan dengan begitu pantas berbanding kontraktor negara lain. Tidak hairanlah negara tersebut digelar sebagai pembangun bangunan paling cepat di dunia.

Sebuah syarikat kontraktor China, sebagaimana yang diberitakan Daily Mail, baru sahaja berjaya membangunkan sebuah hotel 30 tingkat seluas 55.7784 meter persegi hanya dalam masa 15 hari, atau 360 jam. Hebatnya lagi, para pekerja yang membangun bangunan di kota Changsha di China selatan itu mampu mencatatkan kejayaan luar biasa itu tanpa ada seorang pun yang cedera.

Bangunan tersebut merupakan Ark Hotel yang terletak di pinggiran danau Dongting, di Provinsi Hunan. Kontraktornya ialah Broad Grup, sebuah syarikat kontraktor China.

Menurut Akademi Penelitian Bangunan China, hotel itu dijangka tahan dengan gempa dasyat hingga berkekuatan 9,0. Dengan demikian, bangunan hotel itu lima kali lebih tahan gempa bumi berbanding bangunan konvensional.

Kontraktor pembangunan tercepat di China sebelum ini mencatat masa 6 hari untuk sebuah bangunan 15 tingkat. Namun untuk kali ini, masa dan tahap kesukaran jauh lebih baik, kata Daily Mail.



 
Derma [LIKE] Anda!










Wassalam~


Sumber
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved