BOUCAR BUKU RM200 SUDAH BOLEH DITUNTUT | UTHM

on 09 Januari 2012

Lebih 12,900 Mahasiswa UTHM Terima Baucar Buku RM200

Assalamualaikum & salam sejahtera


BAUCAR BUKU RM200

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Seramai 12,988 mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Parit Raja, Batu Pahat boleh menuntut baucar buku bernilai RM200 setiap seorang mulai Isnin.

Baucar buku itu merupakan salah satu inisiatif dalam Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak di Parlimen pada 7 Okt tahun lepas.

Menurut UTHM dalam satu kenyataan hari ini, universiti itu menerima peruntukan sebanyak RM2.6 juta di bawah inisiatif itu untuk diagihkan kepada pelajar yang layak.

Setiap pelajar berkenaan boleh menuntut baucar tersebut mulai hari ini sehingga 31 Mac di fakulti masing-masing.



-- BERNAMA



Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved