BEKAS BINTANG BOLA SEPAK MANCHESTER UNITED BAKAL JADI PRESIDEN NEGARA PERANCIS MENGGANTIKAN PRESIDENT NICOLAS SARKOZY
Assalamualaikum & salam sejahtera
Legenda Bola Sepak Manchester United |
PARIS: Legenda bola sepak, Eric Cantona berusaha untuk kembali menjadi tumpuan, kali ini sebagai Presiden Perancis.
Bekas pemain Manchester United itu yang menjadi bintang filem, dilapor menghantar surat kepada datuk bandar di seluruh Perancis untuk mendapatkan sokongan mereka.
Cantona, 45, memerlukan 500 tanda tangan untuk melayakkannya bertanding. Bagaimanapun, sehngga ini, dia belum mengesahkan secara terbuka bahawa beliau sudah bersedia untuk mengambil alih tugas Presiden Nicolas Sarkozy.
Dalam pada itu, suratnya disiarkan oleh beberapa media Perancis.
Menerusi surat itu, Cantona berikrar untuk mewakili jutaan keluarga yang ‘dilupakan’ dan mengecam kekurangan peluang golongan muda negara itu.
“Saya adalah rakyat yang komited. Komitmen ini membuat saya untuk bercakap secara lebih serius daripada biasa tetapi pada masa sama, dengan rasa tanggungjawab ketika negara kita berdepan dengan pilihan yang sukar,” katanya.
Pusingan pertama pilihan raya presiden negara itu bermula hujung April dan pemenangnya akan diumumkan pada Mei.
Bagi beberapa pihak, Cantona yang berlakon dalam filem Looking for Eric pada 2009, akan menjadi pilihan yang kontroversi.
Pada 1995, dia didapati bersalah kerana menyerang dan dilarang
bermain selama empat bulan selepas menendang ‘ala kung fu’ seorang
peminat Crystal Palace di Selhurst Park.
Pada 2010 pula, dia menggesa rakyat Perancis memenutup bank di negara itu dengan mengeluarkan semua wang simpanan mereka. - DM
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar