Mencari Tempat Praktikal Di SABAH

on 31 Desember 2011

Cara Mencari Tempat Praktikal Di SABAH

Assalamualaikum & salam sejahtera

Praktikal di Sabah

Adakah anda sedang mencari tempat praktikal atau Latihan Industri di SABAH?

Sudah pasti anda yang melawati laman ini sedang mencari tempat praktikal atau latihan industri untuk memenuhi kehendak Universiti atau kolej tempat anda sedang belajar kan?  Sabar-sabar? Saya boleh bantu anda..
Di Sabah antara tempat-tempat yang boleh anda jadikan tempat praktikal anda ialah di sekitar Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), kawasan perindustrian Inanam, sektor kerajaan, sektor separa kerajaan dan sebagainya. Jika anda sedang menuntut dalam bidang kejuruteraan tidak kiralah kejuruteraan elektrik, mekanikal ataupun awam, tempat yang sesuai di Sabah ialah di sekitar kawasan perindustrian Sepanggar (KKIP), kawasan perindustrian Inanam, dan banyak lagi. 
Namun jika anda dari bidang pengurusan, pentadbiran atau ICT, anda boleh mencuba untuk memohon dalam sektor kerajaan kerana banyak peluang anda boleh peroleh jika anda memilih tempat itu. Pengalaman yang anda bakal peroleh juga memuaskan. Namun seperti yang kita tahu, jika anda memilih untuk melakukan praktikal anda dalam sektor kerajaan, anda tidak berpeluang untuk mendapay elaun atau sebagainya. Namun apa yang paling penting ialah pengalaman serta pembelajaran, bukannya duit semata-mata.

Untuk mengetahui syarikat-syarikat yang boleh menerima pelajar untuk melakukan latihan industri atau praktikal, anda bolehlah download senarai syarikat di bawah:



Wassalam~
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved