Akibat Tersilap Melakukan Jump Start Kereta

on 02 Agustus 2012



Segelintir daripada kita menganggap melakukan proses jumper adalah satu perkara yang biasa. Namun jika tersilap langkah, berkemungkinan ia boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran pada enjen kerita.



Sekiranya kita mahu melakukan jump start kereta, perkara utama yang perlu dilakukan adalah mendapat kabel jumper. Tetapi kabel tersebut mestilah yang betul-betul diiktiraf dan selamat digunakan untuk membuat Jump start. Boleh lihat gambar di bawah ini, apabila dua buah kereta melakukan proses jump start, secara tiba-tiba kedua-dua kereta mereka meletup dan mengakibatkan kerosakan enjin yang teruk.



Adakalanya letupan ini berlaku disebabkan kita tersilap meletakkan kabel di terminal yang betul sama ada di +ve atau pun –ve ataupun kabet Jump start tidak berfungsi dengan baik. Sekiranya kita tidak tahu menggunakan kabel tersebut, pesanan dari admin adalah lebih baik meminta bantuan daripada orang yang lebih arif menggunakannya. Bimbang andai perkara yang tidak diingini berlaku seperti di atas.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved