Amaran Ribut Petir Jabatan Meteorologi Malaysia

on 18 Agustus 2012


Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) memberi amaran aktiviti ribut petir yang akan berlaku di perairan beberapa negeri dan berterusan sehingga petang ini.

JMM melalui laman webnya memberitahu, ribut petir berlaku di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor Barat, Kelantan, Sarawak, Labuan, Selat Melaka Utara, Reef South, Reef North dan Layang-layang.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil,” kata laman web tersebut.

JMM juga turut mengeluarkan amaran ketampakan rendah dari lima kilometer di sekitar perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Selat Melaka Utara disebabkan jerebu.

Menurut JMM lagi, keadaan itu dijangka berterusan sehingga 19 Ogos ini dan berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran.  
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved