Takziah Buat Rini AF7, Tahniah Buat Farah AF2

on 18 Agustus 2012


Setelah seminggu menerima alat bantuan pernafasan, akhirnya bayi perempuan kepada bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Rini telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di hospital Kajang.

Bayinya yang bernama Maryam Joanna Johanis telah meninggal dunia pada jam 12.25 tengah hari kelmarin dan akan dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak di kampung sebelah suami Rini.

Berita pemergian Maryam disahkan oleh rakan Rini yang juga penyanyi, Isma menerusi laman Twitternya.

Menurut Isma ketika menziarahi arwah, Rini dalam keadaan stabil dan redha dengan ketentuan Illahi.

Bayi comel seberat 4.25 kg yang telah dilahirkan pada 9 Ogos 2012 jam 10.10 pagi di hospital Putrajaya. Puteri sulung Rini dilaporkan telah jatuh dari katil pada malam 10 Ogos lalu dan terus dibawa masuk ke hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Sungguh pun begitu, sewaktu insiden tersebut berlaku, bayi tersebut sudah tidak sedarkan diri kerana tertiarap dalam jangka masa yang lama.

Sementara itu, bintang AF2, Farah Diana Anuar atau Farah pula telah menyampaikan berita gembira apabila dia selamat melahirkan bayi pada 15 Ogos lalu. 

Farah telah berkongsi berita gembira ini di laman sosial twitter miliknya dengan melampirkan foto puteri sulungnya itu.
Bagaimanapun, nama puterinya itu masih belum dikongsikan lagi.

Takziah buat Rini, mendoakan agar Rini dan sekeluarga  tabah menghadapi dugaan ini. Manakala untuk Farah Diana sekeluarga, tahniah.

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved