Hujan lebat yang berterusan lebih empat jam
sejak pukul tiga pagi Isnin telah mengakibatkan hubungan beberapa batang jalan
utama di bandaraya George Town terputus disebabkan banjir kilat.
Tinjauan yang dibuat mendapati bahawa jalan terlibat
termasuk Jalan P.Ramlee, sebahagian Jalan Perak, sebahagian Jalan
Masjid Negeri, sebahagian Jalan Logan, Jalan Makloom, Kampung Makam,
Jalan Sungai Pinang, Jalan Anson dan Jalan Patani.
Pegawai Bencana dan Operasi Jabatan
Pertahanan Awam Daerah Timur Laut Noor Mohd Saidi Noor Lajis berkata
pihaknya kini sedang memantau keadaan banjir itu di seluruh kawasan yang telibat dan air dilaporkan semakin
surut.
Beliau berkata di sesetengah kawasan, air naik sehingga 2.9 meter, mengakibatkan ratusan kenderaan terperangkap dalam
kesesakan selama hampir tiga jam. “Lebih 300 keluarga terjejas namun
tiada arahan berpindah dikeluarkan kerana keadaan masih terkawal dan
banjir juga telah surut,” .
“Dalam tempoh dua bulan ini sudah dua kali tempat ini dilanda banjir. Sekali bah datang memang teruk… habislah barang rosak rumah pun kotor. Mereka (kerajaan negeri) perlu buat sesuatu,” katanya.
Mangsa banjir di Jalan P. Ramlee pula, Rahmatullah Abdul Majid, 41, berkata persiapan Aidilfitri keluarganya terjejas akibat kejadian itu.
“Beberapa balang kuih raya dihanyutkan air dan almari kain yang turut menempatkan baju raya kami sekeluarga habis dimasuki air,” katanya.
Suri rumah, Norjan Mohd Sabdin, 55, berkata banyak peralatan rumahnya rosak apabila banjir kilat itu turut membawa lumpur dan memasuki rumahnya hingga paras pinggang.
“Bangun sahur sahaja pukul 4.30 pagi Isnin air sudah penuh masuk ke dalam rumah… peti ais, dapur gas, kerusi meja dan motosikal habis tenggelam,” katanya.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar