Secara umum sudah mengetahui bahawa pasangan selebriti Hollywood yang paling hangat iaitu Brad Pitt dan Angelina Jolie bakal berkahwin tidak lama lagi.
Berbanding Angelina Jolie, Brad Pitt nampaknya lebih bersungguh-sungguh dan akan menggunakan segala masa terluang yang ada bagi membuat persiapan perkahwinan mereka yang dijadual berlangsung September ini.
Buktinya, pelakon yang berusia 48 tahun ini, sanggup memanggil sekumpulan pekerjaan binaan untuk mengubahsuai rumah yang di diaminya bersama Angelina Jolie di selatang Perancis ketika ini.
"Angelina langsung tidak kisah samada mereka akan berkahwin atau tidak, jadi Brad Pittlah yang paling merasai tekanannya.
"Dia mahu rumah tersebut siapa diubahsuai sepenuhnya sebelum acara tersebut berlangsung, walaupun beberapa rakan yang rapat serta ahli keluarga yang dijemput nanti tidak kisah dengan dekorasi majlis perkahwinan itu nanti. Yang penting, Brad mahu ia nampak sempurna,"satu sumber memberitahu.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar