Dedah Aurat Di Facebook

on 28 Agustus 2012


Dedah Aurat Di Facebook|Dunia pada hari ini semakin berubah mengikut peredaran zaman. Masyarakat kini sering terdedah kepada perkara yang tidak elok dan menyusahkan diri sendiri di kemudian hari. Antaranya adalah pengaruh internet seperti laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya lagi.

Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook. Di dalam akaun facebooknya terdapat banyak koleksi gambar yang tidak menutup aurat.

Selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya memadam gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di facebook.

Malangnya tiada siapa yang mengetahui “password” facebooknya. Jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum.


Ingatlah, azab bagi kita yang sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!

Cerita ini boleh menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua, supaya jangan meletakkan gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna atau sebagainya di facebook. 

Setiap orang tidak akan tahu bila ajalnya akan tiba, jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, padamlah gambar yang tidak sepatutnya berada di dalam akaun facebook anda. Akhir kata, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi.

Benar atau tidak kisah diatas, itu bukan persoalannya hari ini. Apa yang dimaksudkan dalam kisah ini adalah mengenai soal hukum dan perkara-perkara sama waktu dengannya. Diharap ianya boleh dijadikan peringatan kita bersama. 

Jomkongsistory.com sendiri juga akui, dunia blog juga penuh pancaroba. Semoga kita sama-sama berusaha mengelakkan dari menyebarkan perkara yang berunsurkan khianat, fitnah dan sebagainya.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved