Ella Belajar Menyesuaikan Mengurus Suami

on 03 Agustus 2012


Tidak sampai sebulan bergelar isteri, penyanyi rock, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin akui gembira apabila dapat menguruskan suami tercinta, Azhar Ghazali dengan tugas-tugas sesuai seorang isteri.

Meskipun agak kekok dan sukar baginya, namun Ella berkata dia sudah semakin seronok memikul tanggunggjawab sebagai seorang isteri pada usia 46 tahun ini.

Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun saya akui agak sukar untuk membiasakan diri dengan kehidupan sebagai seorang isteri dalam berumatangga ini. Namun saya cuba menyesuaikan diri perlahan-lahan untuk belajar sedikit demi sedikit mengenai perihal menguruskan suami supaya dia dijaga rapi oleh saya.

Tanggungjawab saya sebagai seorang isteri setiap hari bermula dari lepas solat Subuh bersama suami kerana saya tidak akan tidur dan terus menguruskan keperluan suami untuk dia keluar bekerja seperti, pakaiannya dan sarapan pagi (sebelum berpuasa).

Tetapi perkara paling ketara yang perlu saya lakukan kini, adalah perlu meminta izin suami untuk keluar dari rumah dan dalam apa jua perkara saya terpaksa memikirkan untuk dua orang iaitu suami dan saya ," katanya selepas rakaman Mentor 6 Raya di Studio 2, Plaza Alam Sentral, kelmarin.

Pertama kali menjalani ibadah puasa bersama suami tercinta, Ella memberitahu dia amat bersyukur dan sangat teruja apabila berpeluang bersolat terawih bersama suami.

"Saya sangat gembira kerana berpeluang bersolat terawih bersama suami kerana bukan mudah untuk kami bersama di bulan puasa ini disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja.

"Namun masa yang kami ada, dimanfaatkan dengan baik. Selepas bersolat terawih bersama, kami sempat ke kedai Mamak untuk menikmati teh tarik,"beritahu Ella yang kini dalam proses pembikinan album kompilasi bersama penyanyi-penyanyi lain.

Sementara itu, Ella turut memberitahu dia sempat menyediakan juadah sahur untuk suaminya selain menyifatkan Azhar tidak banyak kerenah dalam soal memilih makanan.

Ella dan Azhar yang juga seorang juruterbang bernikah pada 7 Julai lalu di rumah keluarga pihak wanita di Klang, Selangor.

Dari Admin - Semoga perkahwinan Ella dengan Azhar akan berkekalan hingga ke anak cucu dan semoga Ella berjaya dalam pekerjaannnya sebagai penyanyi juga sebagai seorang isteri yang baik. 
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved