Hans Isacc yang pernah dikaitkan dengan pelakon
cantik, Neelofa. Walaupun mereka pernah menafikan menjalin hubungan istimewa
mereka, namun kini peminat industri tempatan masih memperkatakan tentang
hubungannya.
Hans telah memberikan penjelasan mengenai hubungannya dalam sebuah
portal hiburan dengan mengatakan hubungan dia dan Neelofa setakat kawan rapat
sahaja.
“Saya tak nak komen pasal persahabatan kami. Apa
yang boleh saya katakan, status kami masih sama iaitu rapat sebagai kawan. Saya
akui kami masih ambil berat antara satu sama lain dan tidak dinafikan tiap-tiap
hari kami akan berkomunikasi.
“Saya kini lebih matang dalam bab-bab sebegini.
Bagi saya orang sekarang tak nak tahu lagi tentang hubungan saya dengan siapa.
Kalau boleh saya nak orang lihat saya kerana kualiti filem saya, itu yang saya inginkan.
Saya tak nak mengambil publisiti diri saya dengan cara yang murah dengan
kisah-kisah sebegini.”
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar