Melalui tajuk artikel ini sudah menunjukkan filem berkenaan pasti akan timbul masalah. Ianya dipaparkan dalam sebuah portal hiburan. Bagi pengarah kontroversi Namewee kini kembali dengan beberapa kontroversi
baru setelah mengangkat tema gangsterisme sebagai sesuatu yang patut ada
dalam kehidupan bermasyarakat.
Namun
Namewee yang ‘hot’ dengan filem pertamanya ‘Nasi Lemak 2.0’ setelah
mendapat sambutan cukup memberansangkan pastinya ada alasan tersendiri.
Berlatar belakangkan tema 1Malaysia, filem Hantu Gangster ini bakal
menemui penonton bermula 9 Ogos 2012 (hari ini).
Menurut ulasan artikel berkenaan, Hantu Gangster bakal mengundang kontroversi, sebabnya, Namewee mengetengahkan tema gengsterisme di kalangan masyarakat Cina, Melayu dan India di negara ini. Pasti ada pihak yang tidak senang apabila pengarah muda ini seolah-olah menyokong kegiatan tidak sihat sebegini.
Apa pula penjelasan Namewee?
Menurut pengarah muda ini lagi, dia bukan mahu martabatkan kegiatan negatif itu, tetapi ia sekadar metafora atau simbolik bagi memaparkan mesej perpaduan antara kaum. Malah, Namewee turut memberitahu dia punya pandangan berbeza tentang gangsterisme kerana percaya pada asalnya ia ditubuhkan untuk membela nasib atau melindungi kaum atau kumpulan tertentu. Cuma, kini tujuan asalnya sudah tersasar jauh! Jadi, terpulanglah kepada anda untuk buat penilaian.
Review Penulis Artikel Berkenaan?
Hantu Gangster layak ditonton jika mahukan hiburan di kala fikiran kusut dengan rutin harian menyesakkan. Sepanjang masa tayangan, GUA tidak henti-henti ketawa kerana adegan yang dipaparkan cukup mencuit hati. Paling penting, lawak yang dipaparkan bukan lawak bodoh atau lawak yang dibuat-buat. Seronok dapat lihat Diana Danielle dan Farid Kamil melakukan aksi lucu dengan muka selamba! Tak sangka Farid Kamil boleh menari-nari dengan baju superhero ala-ala Action Kamen, watak animasi pujaan Shin-Chan. Kalau anda peminat kedua-dua pelakon ini, jangan lepaskan peluang melihat gandingan pertama mereka.
Sinopsis Filem Hantu Gangster?
Sinopsis dari Hantu Gangster yang berlatarkan bandar Klang, Selangor pada era 1990-an mengisahkan perbalahan tiga kumpulan samseng daripada tiga kaum berbeza, Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga kumpulan ini hidup harmoni dan saling menghormati ketika yang diterajui oleh pengasas mereka, namun bertukar menjadi musuh apabila anak masing-masing mengambil alih. Untuk meleraikan konflik yang tercetus, ketiga-tiga pengasas yang menjadi Hantu Gangster telah meminta pertolongan Te Sai untuk membantu mereka.
Pelakon Filem Hantu Gangster?
Namewee, Diana Danielle, Farid Kamil, Dato David Arumugam, Datuk Jalaluddin Hassan, Reshmonu, Amber Chia, Taiyuddin Bakar, Dennis Lau, Noh Hujan
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar