Dikatakan pelakon Linda Hashim mula mengakui mempunyai
hubungan istemewa dengan pelakon Beego sejak kebelakangan ini, namun Linda enggan
mengulas lebih lanjut perhubungan
mereka.
Linda berkata, persahabatan di antara dia dengan
Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah,32, sudah lama terjalin dan
kerap bekerjasama dalam drama-drama yang dilakonkan sejak akhir-akhir ini.
"Saya
selesa berkawan dengan dia dan kami dah lama kenal serta kerap berlakon
bersama.
"Memandangkan
dia adalah rakan saya, kami juga pernah keluar sama seperti teman-teman yang
lain. Cuma diakui, sejak kebelakangan ini, hubungan kami lebih rapat.
"Bagaimanapun,
saya enggan mengulas sama ada kami bercinta atau tidak. Kita lihat sahaja apa
yang bakal berlaku nanti," katanya pada Ahad lalu.
Pada Ahad lalu, sebuah akhbar mingguan telah melaporkan
bahawa Beego dan Linda dikaitkan menjalin hubungan cinta.
Kedua-dua mereka ditemui berpimpin tangan di sekitar
Kota Damansara dekat sini dan gelagat seperti pasangan tersebut dilihat begitu
mesra.
Beego yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan
pelakon Rozita Che Wan.
Dalam masa itu, Linda yang baru sahaja selesai
penggambaran telefilem Cinta Saedah bagi siaran TV3 itu turut mengakui
bahawa hatinya sudah pun dimiliki, namun enggan mendedahkan siapakah lelaki
bertuah tersebut.
Mengenai aktiviti di bulan Ramadan, tahun ini, Linda
mengurangkan aktiviti lakonannya bagi menikmati ibadat puasa sebaik-baiknya
selain dapat memenuhi undangan majlis berbuka.
Selain itu, Linda turut membantu kakaknya di butik “Erins n Erinas Sequiens” yang mana mengambil
tempahan baju Hari Raya selain menghasilkan pelbagai rekaan pakaian baru untuk
jenama fesyen sendiri.
"Sudah tiga tahun saya dan kakak menjalani
perniagaan tempahan baju di mana saya akan mereka bentuk pakaian yang
diinginkan pelanggan dan ia akan dihantar ke tukang jahit kami. Kemudian saya
dan kakak juga akan menjahit manik pada baju yang ditempah tersebut,"
ujarnya.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar