Minta Pembangkang Tonton 'Tanda Putera' Sebelum Kritik

on 10 Agustus 2012



Penerbit Pesona Pictures, Datin Paduka Shuhaimi Baba meminta pihak mengkritik filem Tanda Putera supaya berhubung terus dengan pihaknya untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar.

Shuhaimi atau lebih dikenali dengan panggilan Shumi berkata, individu yang ingin memberi sebarang komen atau kritukan hendaklah menyaksikan keseluruhan filem berkenaan terlebih dahulu dan bukannya berpandukan kepada persepsi sendiri dan juga promo yang ditonton.

"Filem ini diterbitkan oleh syarikat saya dan Finas. Bagi pihak yang tidak senang dengan penghasilan filem ini, mereka sepatutnya memahami peraturan iaitu datang berjumpa dengan pihak Finas atau Pesona Picture untuk bertanya.

"Setahu saya, belum ada lagi individu yang memberi komen mengenai sesebuah filem menerusi promo yang ditonton," katanya hari pada hari ini.

Shuhaimi diminta mengulas komen Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada Selasa lalu yang meminta kerajaan menayangkan filem tersebut kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bagi diteliti sebelum ditayangkan kepada umum.

Mustafa mendakwa tema filem tersebut akan menimbulkan isu perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan Shumi berkata pihaknya akan mengadakan sidang media pada 13 Ogos depan bagi menjelaskan status filem tersebut.
"Saya belum sempat membaca berita mengenai kenyataan pihak pembangkang tetapi saya telah dimaklumkan mengenainya.

"Apa-apa pun, saya akan mengulas lebih lanjut pada sidang media nanti," ujarnya.

Filem Tanda Putera yang dibarisi pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi itu antara lain berkisah mengenai peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved