Pelakon yang popular dengan drama bersiri terbitan TV3, "Spa Q", Norish Karman kini akhirnya tampil membuka mulut selepas sekian lama mendiamkan diri berkaitan isu yang mendakwanya telah melahirkan seorang bayi dengan tersebarnya gambar seorang wanita miripnya di sebuah hospital swasta.
Menurut sumber HM, Norsih berkata, dia tidak kisah lagi dengan fitnah dan persepsi orang ramai terhadap dirinya kerana dia sentiasa bersabar dan berdoa supaya Allah S.W.T sentiasa memberikan bantuan kepada orang yang teraniaya.
"Biarlah orang nak bercakap apapun. Ibu (Umi Syarifah) saya berpesan kita akan dapat bantuan Allah jika dianiaya. Dia juga telah nasihatkan saya supaya baca doa setiap kali selepas selesai solat untuk memohon pertolongan Allah.
"Lagi orang cakap rezeki saya lagi banyak. Allah akan bagi rezeki kepada orang yang teraniaya. Peminat juga tak pandang serong terhadap saya biarpun isu ini kecoh diperkatakan. Mereka datang peluk saya apabila berjumpa saya," katanya.
Jelasnya, walaupun cerita fitnah ini telah membuat dirinya malu, namun Norish berkata dia tidak pernah takut dengan manusia sebaliknya, hanya takut kepada Allah S.W.T kerana menganggap itu hanyalah sebagai ujian hidup yang perlu dihadapi untuk dirinya terus menjadi hamba yang kuat.
"Saya hanya takut Allah dan tak akan takut dengan pandangan serong manusia. Apapun saya serahkan pada Allah untuk menilai. Zaman nabi dulu, ada juga yang kena masuk penjara, difitnah dan macam-macam lagi tapi akhirnya darjat mereka diangkat tinggi sebagai khalifah.
"Inikan pula saya hanya manusia kerdil. Ini adalah ujian daripada Allah untuk angkat darjat saya," ujarnya.
Norish turut memberitahu bahawa dia tidak akan melatah dengan cerita-cerita yang dijaja umum terhadap dirinya, dan hanya menyerahkan apa yang terjadi kepada Allah S.W.T untuk menentukan segalanya.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar