Penjaga gol negara (Mohd Farizal Marlias) kena saman kehadiran Mahkamah Syariah
Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya hari ini mengeluarkan saman kehadiran terhadap penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias beliau gagal hadir bagi menghadapi tuduhan berkaitan kes khalwatnya dengan seorang pekerja swasta, tahun lalu
Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad memerintahkan demikian terhadap Mohd. Farizal, 26, dan pasangannya, Zaiton Othman, 29, serta penjamin mereka yang juga bekas pemain bola sepak Perak, Khairul Izwan Mohamed Jamaludin kerana gagal hadir tanpa sebarang alasan.
Mohd. Farizal ialah penjaga gawang Malaysia yang beraksi dalam perlawanan menentang Arsenal dan Manchester City bulan lalu.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar