Polis Istihar Perang Kepada Peragut

on 31 Agustus 2012



Polis mengisytiharkan perang secara besar-besaran ke atas peragut di negeri ini untuk membanteras jenayah yang dilihat semakin kejam ekoran seorang wanita ditetak bertubi-tubi ketika cuba diragut di Jalan Sultanah Zainab di sini kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bagi merealisasikan langkah drastik tersebut, lebih 100 anggota polis wanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu diarah turun padang bermula hari ini.


Menurut beliau, anggota polis wanita tersebut akan berperanan untuk mendekati pengunjung wanita di sekitar bandar raya ini bagi memberikan tip-tip mengenai keselamatan.

“Bermula esok (hari ini) untuk tempoh dua minggu secara syif, 100 anggota polis wanita dikerahkan turun padang untuk memberi kesedaran kepada golongan wanita mengatasi jenayah ragut,” kata beliau ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semasa melawat mangsa ragut, Rohairani Abdullah, 36.

Dalam pada itu kejadian di Jalan Sultanah Zainab kelmarin, Rohairani hampir putus tangan kirinya apabila mangsa ditetak tujuh kali oleh penjenayah yang cuba meragut beg mangsa.

Penjenayah menetak tangan mangsa apabila wanita itu enggan melepaskan beg tangannya.

Akibat pergelutan selama tiga minit itu, pergelangan tangan kiri mangsa hampir putus tetapi nasib baik doktor berjaya menyambungnya semula.

Selain itu, Jalaluddin memberitahu, polis juga akan meningkatkan rondaan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan panas dan menjadi sasaran penjenayah jalanan.

“Kita juga menubuhkan beberapa pasukan khas bagi melakukan risikan, pemantauan dan mengumpul maklumat untuk memburu penjenayah terbabit,” ujar beliau.

Dalam tempoh sama, polis juga berjaya memberkas 18 peragut dengan lima daripada suspek sudah dituduh di mahkamah.

Bagaimanapun, menurut beliau, bagi kes membabitkan Rohairani, belum ada tangkapan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya sudah mengenal pasti 20 kawasan di bandar Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian untuk diletakkan anggota polis wanita terbabit.

Antara lokasi di Kota Bharu ialah di Pasar Siti Khadijah, KB Mall dan Pasar Buluh Kubu.

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved