Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Polis Istihar Perang Kepada Peragut

on 31 Agustus 2012



Polis mengisytiharkan perang secara besar-besaran ke atas peragut di negeri ini untuk membanteras jenayah yang dilihat semakin kejam ekoran seorang wanita ditetak bertubi-tubi ketika cuba diragut di Jalan Sultanah Zainab di sini kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bagi merealisasikan langkah drastik tersebut, lebih 100 anggota polis wanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu diarah turun padang bermula hari ini.


Menurut beliau, anggota polis wanita tersebut akan berperanan untuk mendekati pengunjung wanita di sekitar bandar raya ini bagi memberikan tip-tip mengenai keselamatan.

“Bermula esok (hari ini) untuk tempoh dua minggu secara syif, 100 anggota polis wanita dikerahkan turun padang untuk memberi kesedaran kepada golongan wanita mengatasi jenayah ragut,” kata beliau ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semasa melawat mangsa ragut, Rohairani Abdullah, 36.

Dalam pada itu kejadian di Jalan Sultanah Zainab kelmarin, Rohairani hampir putus tangan kirinya apabila mangsa ditetak tujuh kali oleh penjenayah yang cuba meragut beg mangsa.

Penjenayah menetak tangan mangsa apabila wanita itu enggan melepaskan beg tangannya.

Akibat pergelutan selama tiga minit itu, pergelangan tangan kiri mangsa hampir putus tetapi nasib baik doktor berjaya menyambungnya semula.

Selain itu, Jalaluddin memberitahu, polis juga akan meningkatkan rondaan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan panas dan menjadi sasaran penjenayah jalanan.

“Kita juga menubuhkan beberapa pasukan khas bagi melakukan risikan, pemantauan dan mengumpul maklumat untuk memburu penjenayah terbabit,” ujar beliau.

Dalam tempoh sama, polis juga berjaya memberkas 18 peragut dengan lima daripada suspek sudah dituduh di mahkamah.

Bagaimanapun, menurut beliau, bagi kes membabitkan Rohairani, belum ada tangkapan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya sudah mengenal pasti 20 kawasan di bandar Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian untuk diletakkan anggota polis wanita terbabit.

Antara lokasi di Kota Bharu ialah di Pasar Siti Khadijah, KB Mall dan Pasar Buluh Kubu.

MALAYSIA JADI PILIHAN PELACUR ASIA BARAT

on 30 Januari 2012

MALAYSIA MENJADI SASARAN BARU PELACUR-PELACUR DARI ASIA BARAT | JENAYAH PELACURAN DI MALAYSIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pelacur Asia Barat di Malaysia

KUALA LUMPUR: Operasi dan pemantauan polis menunjukkan wujud trend baru pelacur wanita dari Timur Tengah menjadikan Malaysia antara destinasi utama aktiviti maksiat mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pelacur dari negara seperti Yemen, Iran dan Iraq menjadikan lelaki di negara ini sebagai sasaran pelanggan mereka.


MENARIK HARI INI:


"Mereka datang ke Malaysia menggunakan taktik samaran kononnya untuk belajar bahasa Inggeris menggunakan pas pelajar dengan mendaftarkan diri di institusi pendidikan tinggi swasta. 
"Ada juga pelacur ini menggunakan pas lawatan sosial yang membenarkan mereka berada di negara ini selama tiga bulan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, pendedahan itu dibuat berikutan penangkapan 15 pelacur dari negara terbabit dalam satu operasi di ibu negara dan Selangor awal bulan ini. 

Wassalam~


MENARIK HARI INI:


 
Derma [LIKE] Anda!


SUMBER: BERNAMA

HACKER GODAM DUIT SYARIKAT RM500000

on 23 Januari 2012

HACKER DODAM DUIT SYARIKAT RM500000 | PINTAS URUSNIAGA DENGAN BERCHATTING
Assalamualaikum & salam sejahtera

HACKER GODAM DUIT BERNILAI RM500000

MELAKA: Bermodalkan kepakaran menggodam Internet, ‘penyamun online’ dipercayai mengaut keuntungan kira-kira RM500,000 dalam tempoh dua bulan daripada sebuah syarikat pengeluar jubin apabila dapat memintas urusan perbualan syarikat itu bersama pelanggannya dalam Internet.

Perkara itu hanya terdedah kelmarin apabila pengarah urusan syarikat berkenaan, Lim Boon Choy, 46, hairan apabila pelanggannya dari Vietnam, Thailand, Kemboja, Indonesia, Filipina dan Denmark masih belum membuat bayaran penghantaran jubin sudah diterima mereka sejak Disember lalu.


Menurutnya, dia menghubungi wakil syarikat itu menerusi telefon di negara berkenaan kerana masih belum mendapat sebarang bayaran walaupun semua bekalan diminta sudah dihantar.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila pelanggannya menyatakan semua bayaran sudah lama dibuat menyebabkannya hairan dan menafikannya.


“Bagi membuktikan bayaran dibuat, pelanggan kami menghantar salinan slip pemindahan telegrafik dan transkrip perbualan menerusi ‘chatting’ antara wakil syarikat dengan pekerja mereka yang menunjukkan syarikat kami ada meminta bayaran dibuat tetapi perlu dimasukkan ke dalam akaun bank lain.

“Saya terkejut dan menafikan perbualan menerusi perisian ‘chatting’ popular itu dan tidak menyangka urusan yang tidak pernah ada masalah sejak hampir tiga tahun lalu itu ditimpa bala seperti ini.

“Mereka (pelanggan) turut terkejut apabila diminta membuat bayaran segera dan secara tergesa-gesa ketika perbualan menerusi ‘chatting’ itu, kerana sebelum ini kami tidak pernah bertindak demikian,” katanya, di sini, semalam.


Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: myMetro

VIDEO WANITA DIBUNUH DENGAN KEJAM !

on 12 Januari 2012

WANITA DIBUNUH KEJAM DI CHINA | ORANG DI SEKELILING HANYA MENONTON| LAGI KES BUNUH ! | KEKEJAMAN

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kes Bunuh di China !

*Video di bawah agak keterlaluan untuk dilihat oleh kanak-kanak bawah umur.

Kejadian ini berlaku di China. Seorang lelaki 24 tahun yang tidak dikenali mangsa cuba menahan seorang wanita berumur anggaran 28 tahun dah mengheret mangsa ke KTV berdekatan. Lelaki tersebut mula bertindak kasar selepas wanita tersebut cuba melawan. Tidak lama kemudian lelaki tersebut mengeluarkan pisau dan menikam wanita tersebut sehingga mati. Orang yang lalu lalang di kawasan itu hanya melihat dan tidak membantu wanita tersebut. Mengapa perkara sebegitu berlaku di China? Pelik? Polis menahan lelaki tersebut dan didakwa atas tuduhan membunuh. Ini la bahayanya berjalan berseorangan. macam-macam boleh berlaku.





Wassalam~




 
Derma [LIKE] Anda!

RUMAH WARDINA SAFIYYAH SEKELUARGA DIMASUKI PEROMPAK

RUMAH WARDINA SAFIYYAH SEKELUARGA DIMASUKI PEROMPAK | SUAMI CEDERA DIPUKUL

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kediaman Wardina Safiyyah Sekeluarga Dirompak

Baru sahaja tadi mendapat khabar melalui blogger-blogger lain dan facebook Sham Kamikaze bahawa rumah pelakon dan pengacara terkenal Malaysia, Wardina Safiyyah dimasuki perompak yang bertopeng dan bersenjata parang dan tongkat. Perompak melarikan 5 buah laptop dan beg tangan milik Wardina Safiyyah kata Syam Kamikaze melalui facebooknya. Kejadian yang menyedihkan itu berlaku awal pagi tadi. Suami Wardina Safiyyah, Ikhwan cedera akibat dipukul perompak tersebut.

Sama-sama kita doakan keselematan Wardina Safiyyah sekeluarga dan cepat sembuh dari kecederaan serta tabah menerima dugaan ini. InsyaAllah~

Post Syam Kamikaze dalam facebooknya:
Takziah buat Wardina Safiyyah sekeluarga yang baru ditimpa musibah pagi tadi, rumahnya dirompak. 5 laptop dicuri, handbagnya juga. Dia dan anak2 ok tapi masih dalam trauma. Suami dipukul. Inna lillah wa inna ilaihi raji'un. Doakan kesejahteraan beliau dan keluarga, sahabatku semua.


Berikut merupakan screenshoot yang diambil dari page twitter Wardina Safiyyah:




Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved