Seorang Penyelia Mati Ketika Di Soal

on 25 Agustus 2012



Seorang penyelia di sebuah syarikat keselamatan dipercayai meninggal dunia ketika disoal siasat berhubung kehilangan wang tunai berjumlah RM68,000 milik sebuah syarikat menjual barangan elektronik dan perabot di Balai Polis Pusat Miri, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, kejadian  tersebut berlaku jam 5 petang ketika lelaki berusia 59 tahun itu disoal siasat pegawai penyiasat kes berkenaan.

Beliau berkata, suspek telah ditahan bersama seorang rakan tiga hari lalu selepas disyaki terbabit dalam kes kehilangan wang milik syarikat berkenaan yang disimpan dalam sebuah peti keselamatan.

“Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, namun ketika diambil keterangan, dia tiba-tiba rebah dari tempat duduk lalu tidak sedarkan diri.


“Ketika disoal siasat, tangan suspek tidak digari selain dilihat dalam keadaan baik, malah kami juga tidak dimaklumkan andai dia menghidap sebarang penyakit.

“Pasukan paramedik Hospital Miri tiba di tempat kejadian sebaik dimaklumkan perkara itu sebelum mengesahkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya.


Katanya, mayat suspek kemudian dihantar ke hospital dan polis sudah memanggil pakar patologi dari Kuching bagi urusan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Beliau turut memberi jaminan pihaknya akan menyiasat kes berkenaan secara telus dan terperinci mengikut prosedur dan undang-undang tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

“Kami bersimpati dengan kejadian itu dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.


Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved