Secara umumnya , perbezaan di antara orang yang menggunakan tangan kiri atau tangan
kanan tidaklah begitu ketara. Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara mendalam
dan bukannya secara holistik, terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan
diantara keduanya. Faktor ini mungkin mendorong cara mereka berfikir dimana
orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan
bahagian otak belah kiri dan sebaliknya.Berikut adalah beberapa fakta hasil
kajian yang telah dilakukan oleh pakar.
Statistik – Hasil daripada kajian
yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali
dengan nama panggilan kidal adalah
15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan factor seperti
inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada
orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.
Punca tangan
kidal – Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat
dijelaskan dengan nyata. Tetapi terdapat pakar yang menyatakan bahawa faktor
ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak
semestinya berlatar belakangkan keluarga sahaja, terdapat juga sesetengah
keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut.
Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan
tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.
Kelebihan – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir
dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan
kanan. Selain daripada itu, daripada hasil kajian yang telah dilakukan oleh Dr
Alan Searleman St. Lawrence terdapat juga orang yang menggunakan tangan kiri
lebih tinggi tahap IQ nya. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan
pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif.
Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan
pelbagai peralatan..
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar