Wanita Malaysia Ketiga Paling Curang Di Dunia?

on 27 Agustus 2012


Berdasarkan Kajian, Wanita Malaysia Paling Ramai Curang. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kadar perceraian di negara ini terjadi pada setiap hari. Perkara ni sangat  memalukan dan menjejaskan imej negara dengan melabelkan wanita disini kuat curang dan tidak setia di dunia. 

Menurut laman GhanaWeb, Wanita Malaysia tersenarai ditempat ketiga paling ramai curang di dunia yang memetik laporan akhbar China Press.

Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.

Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus. Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.

Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.

Derma [LIKE] Anda!


Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved