Warga Emas Nekad Minum Racun| Seorang warga emas nekad meminum sebotol cecair yang dipercayai racun setelah hasratnya ingin berkahwin lain tidak mendapat restu isteri pertama di Farlim, Air Hitam di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian pukul 1.45 petang itu, lelaki berusia 68 tahun tersebut meminum racun itu di sebuah klinik swasta di sini.
Beliau berkata, tindakan itu diambil setelah permintaan lelaki berkenaan yang ingin berkahwin lain ditolak isteri pertamanya.
“Lelaki itu kini dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kong Meng berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri yang boleh disabitkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar