Pelakon dan juga pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 84, kini dilaporkan koma dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul, pada Isnin lalu.
Menurut Laporan Utusan Online yang telah menghubungi saudara terdekat beliau, isteri kepada pelakon ini iaitu Datin Alisah Ali, 65, juga baru sahaja dimasukkan ke hospital dan turut dirawat di tempat yang sama.
Rakyat Malaysia semua mendoakan agar Yahya Sulong dan isteri cepat sembuh dan sihar seperti biasa.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar