Ziana Zain Pernah Buat Meriam Buluh Sendiri

on 08 Agustus 2012


Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana golongan selebriti dan artis kita bersiap dikala menyambut lebaran yang bakal tiba kurang dua minggu saja ini. Adakah mereka akan berhabis-habisan? Ataupun  sekadar sederhana sahaja? Jom kita tanya diva kita  ini, Ziana Zain bagaimana dia bersiap kala menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

"Tahun ini saya akan habiskan waktu beraya di Merlimau, tempat kelahiran saya. Sudah lebih kurang 20 tahun tidak berbuat demikian. Raya sebelum ini saya ada juga pulang ke sana tetapi saya tidak pernah membuat persiapan dan tidak berada di sana untuk jangka masa yang lama. Kali ini, saya mahu lakukan semua itu.

"Saya sukakan suasana kampung rasa tenang dan lapang dada kala melihatnya. Sebab itu, saya nak ajak anak-anak dan suami pulang lebih awal, sebab nak berkemas rumah di sana dan kalau boleh saya nak habiskan masa di Merlimau sampai hari raya ketiga, InsyaAllah.

"Tahun ini saya nak ingin merasa hari raya pertama di kampung, rindu mengingatkan zaman ketika masih kanak-kanak, pergi beraya dengan saudara mara. Susah nak dapat peluang macam ni apatah lagi sekarang saya dah berkeluarga besar," ujarnya.

Ditanyakan mengenai persiapan hari rayanya, Ziana Zain hanya tersenyum mengingatkan persiapan hari rayanya banyak dihabiskan untuk empat orang anaknya. Ketika ditemu bual dia baru sahaja pulang bershopping raya bersama anak-anaknya.

"Setiap tahun, biasalah anak-anak yang lebih. Saya ada juga beli ready made baju kurung daripada satu butik di Shah Alam, yang lain-lain saya hanya  pakai yang lama sahaja. 

Memandang tahun ini saya hanya beraya di kampung sahaja, jadi saya tak mahulah tampil dengan terlampau grand, cukup sekadar nampak berseri di hari mulia.

"Saya ada juga menempah dengan pereka-pereka fesyen tempatan tetapi saya akan memakainya selepas raya  untuk memenuhi undangan rumah terbuka kelak. Dah jemu la tengok dan pakai baju grand-grand sangat, nak photoshoot mungkin ok, tetapi nak pergi beraya biasa-biasa, cukuplah sekadar baju raya yang biasa-biasa saja. Itu sudah memadai.

"Rasanya tahun ini sambutan raya saya pasti akan meriah dan rasa dah tak sabar nak siapkan famili. Anak kembar saya pun dah besar, jadi kami berenam akan siap sedondon untuk pergi beraya. Paling mengujakan saya sebab anak perempuan tunggal saya dah besar, kalau tak dulu siapkan yang hero-hero sahaja, tahun ini dah boleh beli baju raya buat Nour Kaseh,"ujarnya sambil tersenyum.

Mengimbau kenangan Syawal ketika kecil, Ziana Zain tidak boleh melupakan sewaktu dia menyiapkan pelita untuk persiapan bagi malam tujuh likur dan bermain meriam buluh bersama sepupunya.

"Jangan tak tahu ya, walaupun saya perempuan, pelita buluh itu saya buat sendiri dan itu adalah antara perkara yang tidak mungkin dilupakan. Buat pula pada malam tujuh likur, sambil tunggu orang buat dodol, kami siapkan pelita dan lepas tu beratur nak makan dodol panas-panas.

"Lagi satu kenangan yang tidak mungkin saya lupa, kala membuat persiapan untuk meriam buluh dan karbaid. Saya dan sepupu ramai-ramai pergi cari buluh dan buat di belakang rumah, tak cukup buluh sebab dah pecah kami gantikan pula dengan paip. Kalau teringat dahulu macam tak percaya. Tapi itulah Ziana Zain masa kecil,"cerita Ziana mengenai kenangan menyambut raya di kampung ketika kecil.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved