Maut Ketika Cuba Membantu Mangsa Kemalangan

on 10 September 2012

Seorang peneroka yang berhasrat bagi menolong mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, maut akibat dirempuh kereta lain dalam kejadian langgar-lari di Km 74, Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Karak, Bentong semalam.
  
Ariffin Hamid, 63, dari Felda Bukit Damar, Lanchang mati ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Karak akibat cedera parah di kepala.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata ketika kejadian jam 7.50 malam itu, mangsa turun dari keretanya bagi membantu seorang pemandu sebuah kereta Proton Saga yang
kemalangan.
  
"Ketika melintas jalan, tiba-tiba sebuah kereta Proton Wira yang dipercayai dipandu laju menuju arah Kuantan, hilang kawalan lalu merempuh mangsa hingga menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan.
  
"Namun pemandu kereta berwarna putih tersebut tidak berhenti dan nombor pendaftarannya tidak diketahui. Tiada juga sebarang laporan dibuat," katanya.
  
Mohamed Fauzi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut agar tampil membantu siasatan.

Pemandu kereta Proton Saga berkenaan yang berusia sekitar 30-an hanya cedera ringan setelah keretanya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan. 
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved