Natasha Hudson Idamkan Anak Lelaki

on 05 September 2012



Pelakon jelita , Natasha Hudson akui dia dan suaminya, Carleed Khaza amat gembira setelah dirinya disahkan hamil 1 bulan oleh doktor pada 30 Ogos lalu.

Malah, Natasha yang baru sahaja berkahwin buat kali yang ke-3 pada 15 April lalu berkata, dia sama sekali tidak menjangka dirinya telah disahkan hamil dengan jangka masa waktu yang agak cepat.

"Alahamdulilah, saya serta suami amat bersyukur sekali apabila saya disahkan hamil 1 bulan oleh doktor pada 30 Ogos lalu. Sebelum itu saya sudah membuat pemeriksaan sendiri di rumah dan bagi mengesahkan lagi, saya terus membuat pemeriksaan lebih lanjut di klinik.

"Apa yang boleh saya katakan, suami saya antara orang yang paling gembira mendengar berita ini," katanya ketika dihubungi.

Natasha yang hamil kali ke-2 itu bagaimanapun telah mempunyai anak menerusi perkahwinan sebelumnya iaitu Nessa Helena yang kini berusia 4 tahun.

Selain mengharapkan kesihatan bayi dalam kandungannya sihat, Natasha memberitahu dia serta suami juga telah mengidamkan cahaya mata lelaki bagi kelahiran keduanya.

"Sebenarnya saya serta suami tidak kisah apa juga jantina anak kami. Tetapi kami lebih gembira jika dikurniakan anak lelaki memandangkan kami sudah ada anak perempuan daripada perkahwinan terdahulu saya.

"Namun kami tidak mahu terlalu mengharap takut apa yang kami harapkan tidak menjadi, sebaliknya terima apa sahaja rezeki yang Allah kurniakan kepada kami nanti," jelasnya lagi.

Natasha yang bakal mengurangkan aktiviti seninya selepas ini sedang mengacarakan beberapa episod yang tinggal bagi program bual bicara, Santai Bersama Cikgu Sidek untuk TV Al-Hijrah.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved