Assalamualaikum & salam sejahtera.
Berikutan kes kematian ketua pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden, sekumpulan cendikiawan Islam menyifatkan pengebumian mayat Osama di laut adalah bertentangan dengan hukum dan menghina Islam. Ini kerana pengebumian di laut hanya boleh dilakukan sekiranya seseorang itu meninggal dunia ketika berada di kapal.
Sebelum tu, seorang pegawai Amerika yang dirahsiakan identitinya telah mengesahkan DNA mayat Osama sama dengan DNA milik ahli keluarganya. Benarkah? Adakah ini juga tipu helah pihak Amerika untuk menipu DUNIA? Sebelum itu mereka mengatakan osama mati bersama-sama anaknya. Siapakah pula anak Osama?
Bagi sebahagian besar penduduk AMERIKA, mereka beranggapan bahawa berita kematian Osama adalah satu berita gembira buat mereka setelah hampir 10 tahun menunggu berita tersebut. Mereka meraikannya di sekitar 'Ground Zero', bekas tapak 2 menara World Trade Center yang musnah akibat kejadian 11 september 2001.
Kalau suka Tekan LIKE^^
Wassalam~