Tampilkan postingan dengan label Ana Raffali. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ana Raffali. Tampilkan semua postingan

ANA RAFFALI SAHKAN TARIKH NIKAH 25HB FEBRUARI

on 01 Februari 2012

ANA RAFFALI SAHKAN TARIKH NIKAH 25HB FEBRUARI 2012 | PILIH KAWAN KARIB SENDIRI

Assalamualaikum & salam sejahtera

ANA RAFFALI NIKAH 25HB FEBRUARI DEPAN

KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai tarikh perkahwinan penyanyi Ana Raffali akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan akan bernikah dengan kawan karibnya Ahmad Aznaim Abdullah (Naim), 30, pada 25 Februari depan.


Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, bakal bernikah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati dekat sini.

Ia dimulakan dengan acara bertunang pada pukul 10.30 pagi dan sejam kemudian, majlis akad nikah akan dilakukan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

Majlis resepsi diadakan pada hari sama sejurus selepas akad nikah di masjid tersebut.

"Keluarga Naim telah merisik saya pada awal bulan Disember dan kedua-dua belah keluarga menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh hari bahagia kami.


MENARIK HARI INI:

"Nak diikutkan kami ingin berkahwin pada hari lahir Naim pada 24 Februari kerana dia mahu kami dinikahkan sebelum umurnya menginjak 30 tahun.

“Kemudian, apabila difikirkan semula, tak apalah, sehari selepas itu pun tidak ada masalah," kata Ana pada sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinannya di PNB Darby Park, di sini, Selasa.

Ana dan Naim berkawan sejak enam tahun lalu.

Pada sidang akhbar itu, kedua-dua orang tua Ana dan Naim serta keluarga terdekat mereka hadir.

Ana turut melancarkan single lagu terbarunya berjudul Lisa Jatuh Cinta yang mengisahkan tentang kisah cintanya.

Pada majlis perkahwinan penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu nanti, pihak perempuan akan menerima sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak akan diberikan kepada pihak perempuan sebaliknya hanya menerima mas kahwin yang belum ditentukan jumlahnya.

Tambah Ana, dia juga enggan mengadakan majlis besar-besaran hanya kerana dirinya seorang artis sebaliknya lebih selesa dengan majlis yang sederhana.

"Selama ini saya tidak pernah merasakan diri ini sebagai selebriti dan seperti orang biasa juga, kami sekeluarga ingin mengadakan majlis secara sederhana.

"Yang penting, kami dapat melakukan perkara yang wajib dan melayan tetamu. Berdasarkan perkiraan yang dibuat, mungkin seramai 1,000 orang tetamu akan hadir," ujarnya.


MENARIK HARI INI:


Wassalam~





 
Derma [LIKE] Anda!


SUMBER: MSTAR

ANA RAFFALI BAKAL BERNIKAH BULAN HADAPAN

on 27 Januari 2012

ANA RAFFALI BAKAL BERNIKAH 25 FEBRUARI BULAN DEPAN DENGAN PENGURUS PERIBADINYA YANG HANYA DIKENALI DENGAN NAMA NAIM

Assalamualaikum & salam sejahtera

Ana Raffali Bakal Bernikah?

PETALING JAYA: Penyanyi Ana Raffali dilaporkan akan bernikah dengan pengurus peribadinya yang dijadualkan pada 25 Februari depan.

mStar Online difahamkan, majlis akad nikah Ana atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim itu akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi.

Ana yang dihubungi mStar Online bagaimanapun enggan mengesahkan tarikh tersebut sebaliknya memberitahu akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini.

“Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu, saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Bagi saya, biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua.

“Apa–apa pun, saya mohon semua pihak bersabar dan tidak tersalah anggap dengan keputusan saya ini. Tunggu sehingga saya adakan sidang media perkahwinan dalam masa terdekat ini,” katanya.


Kecil hati
Sementara itu Ana menyifatkan tuduhan kononnya dia mahu menyembunyikan majlis pernikahannya seperti yang dilaporkan adalah sesuatu yang tidak adil buat dirinya dan keluarga.

Dia mengakui berkecil hati dengan dakwaan tersebut, berkata pihaknya memang sudah merancang untuk mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan berita gembira itu.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya apabila berita perkahwinan itu sudah tersebar dalam ruangan gosip sehingga disalah ertikan oleh segelintir pihak.

“Dakwaan (sembunyi perkahwinan) ini adalah tidak adil buat saya dan keluarga. Sudah tentu saya sebagai artis akan berkongsi berita baik ini apabila tiba waktu yang sesuai untuk saya umumkan.

“Masalahnya, saya sedang sibuk membuat persiapan untuk AJL26 pada Ahad ini. Saya dan keluarga sudah rancang untuk buat pengumuman perkahwinan selepas AJL selesai.

“Tidak sangka pula, berita itu sudah tersebar tanpa mendapatkan sebarang penjelasan atau pengesahan daripada saya terlebih dahulu,” katanya.

Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku ini, berkata kesan daripada dakwaan itu memberikan gambaran yang tidak manis kepada dia sekeluarga.

“Apabila timbul cerita saya tidak jemput media dan rahsiakan perkahwinan, ia memberikan impak yang tidak baik kepada kami sekeluarga.

“Sampai hati pihak yang menyebarkan dakwaan itu. Ia seolah-olah menggambarkan yang kami tiada adab dan teruk sangat sehingga menyembunyikan berita baik ini daripada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Ana kini sibuk membuat persiapan terakhir bagi lagu Kalau Berpacaran nyanyiannya bersama Sohaimi Mior Hassan dan Altimet yang akan bertanding dalam AJL26, malam Ahad ini.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: MStar

5 Artis Wanita Malaysia Kegilaan Remaja masa Kini

on 19 November 2011


Assalamualaikum & salam sejahtera

Top Female Malaysian Singers

Pada pendapat koranglah siapa penyanyi wanita yang paling popular buat masa kini? Mesti setiap jawapan korang berbeza kan. Hah! Tadi masa saya syok melayan video klip baru Stacy (Kasanova, memang best!), tiba-tiba  terjumpa video ni pula, Top5 Favourite Malaysian Teen Pop Singer. Nak tahu tak siapa 5 penyanyi yang dimaksudkan tu? Hah.. Jom tonton video di bawah ni. Kredit kepada yang pengupload video ni, TheFameCrew55133.





 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved