Tampilkan postingan dengan label Dr Asri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Dr Asri. Tampilkan semua postingan

Abby Abadi Mempertikaikan Kenyataan Dr Asri

on 30 Agustus 2012

Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan Dr MAZA berkongsi pandangan beliau dalam lama twitter mengenai pelaksanaan hukum hudud menurut Islam.

“Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian — seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?” tulis Dr Asri.


Kenyataan Dr Asri itu lantas disambut oleh Abby Abadi yang berbunyi “Maafkan saya. hudud itu kan hukum Allah. Dr (Asri) belajar tinggi kenapa masih persoalkan?”

Kenyataan balas Abby Abadi itu turut mendapat sokongan beberapa peminat beliau tetapi ramai yang menegur cara beliau mempertikai kenyataan seorang bekas mufti.


Dr. Asri kemudian memberikan komen balas terhadap kenyataan Abby Abadi dengan mengatakan “Seseorang yang kembali kepada agama dan juga dijemput ceramah tidak bererti dia telah benar benar faham Islam. Teliti sebelum komen.”
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved