Assalamualaikum & salam sejahtera
Seorang ahli parlimen Sepanyol berikrar menyaman Biro
Siasatan Persekutuan (FBI) kerana menggunakan wajahnya bagi menghasilkan
imej yang diubah suai secara digital menjadi pemimpin al-Qaeda, Osama
bin Laden yang mati dibunuh komando Amerika Syarikat beberapa bulan
lalu.
Skandal pengubahsuaian gambar secara digital itu membabitkan Gaspar
Llamazares, yang terbongkar pada Januari tahun lalu apabila gambar
beliau digunakan untuk mencipta imej Osama menggunakan komputer, ketika
pemimpin itu diburu tentera Amerika sebelum dikesan di Pakistan.
Walaupun FBI memohon maaf, media Sepanyol melaporkan, agensi keselamatan
Amerika itu menyiarkan semula imej Osama yang direka dengan gambar
Llamazares.
Llamazares yang juga anggota parlimen parti pakatan United Left,
berkata sebahagian daripada imej wajahnya digunakan untuk menghasilkan
gambar digital menjadi dua individu. Media Sepanyol menyatakan, Llamazares merujuk kepada Osama dan
pemimpin nombor dua al-Qaeda, Atiyah Abd al-Rahman yang terbunuh di
Pakistan Ogos lalu.
Ketika skandal dan pertelagahan membabitkan gambar Osama terbongkar Januari tahun lalu, duta Amerika Syarikat ke Sepanyol Alan Solomont memberitahu kerajaan Sepanyol bahawa beliau berasa ‘kesal dan kecewa’ dalam isu berkenaan.
Pada masa sama, jurucakap FBI berkata, seorang jurutekniknya sudah memadamkan imej Llamazares daripada internet, sebaliknya hanya menggunakan imej rambut dan dahi beliau untuk menghasilkan semula gambar Osama.
Komando tentera Amerika membuang mayat Osama di laut selepas operasi di bandar Abbottabad, 2 Mei lalu. – AFP