Tampilkan postingan dengan label Jerman. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Jerman. Tampilkan semua postingan

Bas Terpanjang Di Dunia

on 29 Agustus 2012


Jerman bakal memperkenalkan bas awam terpanjang  di dunia, Autotram Extra Grand  98 kaki (32.6 meter) panjang dan mampu memuatkan 256 penumpang pada satu-satu masa.

Bas tersebut akan digunakan mulai Oktober ini selepas tamat ujian keselamatan.

Bas yang digambarkan sebagai ‘kereta api beroda’ itu diperkenalkan buat pertama kali di bandar Dresden, dan dijangka dapat memenuhi keperluan sistem pengangkutan awam negara itu.

Rekaan kenderaan yang mempunyai tiga bahagian badan itu mendapat sentuhan hasil kerjasama seorang pereka, Fraunhofer IVI dan Universiti Teknikal Dresden tidak memerlukan sebarang latihan khas untuk pemandu.

Laporan Y! Tech menyebut bahawa kenderaan terbabit turut dikatakan mudah dikendalikan seperti bas biasa dan mengaplikasikan penggunaan sistem komputer Autotram Extra Grand bagi membantu pemandu membelok.

Tujuan utama sistem tersebut digunakan adalah bagi memastikan bahagian belakang bas mengikut tepat bahagian depan dan tengah bas pada setiap masa.

Dalam pada itu, sistem pengangkutan canggih ini juga turut menggabungkan teknologi hijau dalam pengendalian enjinnya yang menggunakan gas bagi menggantikan petrol dan enjin elektrik hibrid yang boleh bergerak sejauh lima kilometer atas kuasa bateri.

Perekanya turut mengakui bahawa mereka telah menerima pertanyaan dari bandar-bandar lain di seluruh dunia bagi mendapatkan versi bas mereka sendiri kerana ia pembinaan bas gergasi itu dilihat mampu menjimatkan kos operasi.
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved